Selasa, 19 April 2011

Ayam Panggang Madu

Salam ceria selalu dan selamat bertemu kembali di blog  masakan Rahel,semoga semua sentiasa sihat & ceria selalu.Seperti biasa Rahel kena siapkan hidangan yang simple dan  sedap untuk makan tengah hari punya & menu kali ni  ayam panggang madu yang  memang salah satu lauk  kesukaan Rahel,tak mau perpanjang cerita lagi trus jak salin resepi di sini,takut nanti terlupa pulak resepinya,len kali ni la rujukan Rahel kalau mahu bikin ayam panggang madu lagi.



AYAM PANGGANG MADU


Bahan:
6 bahagian sayap ayam-cuci bersih-toskan
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sdm rempah lima
1 sudu makan sos cili

Bahan untuk sapu:
3 sudu besar madu}
1 sk marjerin},satukan bahan ini

Cara:
1.satukan paha ayam dg semua bahan,kecuali bahan utk sapu.perap selama 15 minit.

2.panaskan oven 200'C,panggang paha ayam selama  1 jam.

3.setelah masak,keluarkan dari oven dan terus sapu permukaan ayam panggang dengan madu ketika masih panas.




   Selamat menikmati hidangan lazat..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nk tanye.. byk resepi u guna sos LP..
ape yer sos Lp 2...
sory xtau... truk kn...hu3

rahel berkata...

maaf la,terlewat jawab pulak..sos LP tu ialah ''sos worcestershire'' atau ''sos LEA & PERRINS'' warna label pada botol ialah warna oren jadi senang awak dapat di pasar raya..tapi paling senangnya awak search kat google dulu gambar sos LP tu..thanks.