Isnin, 18 April 2011

Apam Coklat

Selamat bertemu kembali semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu.Skarang ni musim mengapam pulak so Rahel pun tak mo terlepas juga.Buat masa ni Rahel try buat apam coklat..gebu dan lembut ja apam ni,macam dalam gambar tu..kena hidang lagi dengan minuman panas..memang ngam betul.Pada kawan2 Rahel yang mo try apam coklat ni,silahkan salin resepinya ya dijamin puas hati ngan hasilnya.




Apam Coklat


Bahan:(90pcs saiz Almond London)
280g tepung superfine*
20g serbuk koko*
220g gula kastor
4 biji telur B
1/2 sudu besar ovallet
1 1/2 st baking powder*
250ml susu segar
1 st emulco coklat

Cara:

1.panaskan kukusan,siapkan acuan,satukan bahan bertanda*

2.pukul telur,gula ovallet sehingga kembang dan putih selama 10 minit dengan kelajuan sedang (no.3).

3.masukkan tepung berselang seli dg susu segar,gaul guna spatula hingga rata.

4.sudukan ke dalam acuan sehingga 3/4,kukus selama 15 minit dg api kuat selama mengukus apam jgn buka tudung periuk,lapik tudung periuk dg tuala bersih agar apam tak terkena wap.



Selamat mencuba💋

Tiada ulasan: