Ahad, 30 September 2012

Kraker Kapit Pisang

Selamat berhujung minggu dan selamat petang kepada semua kawan-kawan yang sudi singgah selalu.Semoga sentiasa sihat dan ceria.Pagi tadi sempat jugak menyediakan satu hidangan yang memang menepati selera..maklum la..ini pertama kalinya Rahel buat biskut kraker yang bergoreng...memang tak pernah terfikir pun selama ni.Resepi pun dah lama tersimpan..mula-mula tengok memang terus tertarik,tapi bila sering keluar rumah..sering la jugak menikmati cemilan kat kedai jer...atau pun beli cemilan kat gerai2 makan...

Pada yang tertanya.tanya bagaimakah rasa Kraker Kapit Pisang ni..silahkan mencuba di rumah..memang sedap tau..sesuai untuk sarapan dan jugak minum petang...terasa wangi inti pisang tu sebab ada letak serbuk kayu manis...silahkan tinjau-tinjau bahan-bahan yag perlu ada untuk membuat kraker kapit pisang..


Kraker Kapit Pisang
Sumber Resepi:Sedap

Bahan-bahan:
28 keping biskut kraker
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
2 sudu makan marjerin
2 ulas (250g) pisang tanduk,dipotong dadu---->i guna pisang emas
3 sudu makan gula merah---->i guna brown sugar
1 sudu teh serbuk kayu manis
4 sudu teh bijan---->yang ni i tak letak pun
4 sudu makan tepung gandum dan 4 sudu makan air,larutkan utk memekatkan

Bahan Pencelup (kacau rata):
100g tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 biji telur
150ml air
1 sudu makan gula tepung
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya:
1.Untuk intinya,panaskan marjerin.Masukkan pisang,gula merah,serbuk kayu manis dan bijan.
   Kacau rata sehingga pisang layu.
2.Masukkan larutan tepung gandum dan masak sehingga pekat.
3.Sapukan di atas biskut kraker.Tutup dengan biskut kraker yang lain pula.
4.Celupkan ke dalam bahan pencelup.
5.Goreng sehingga masak dalam minyak yang penuh.

Selamat menjamu selera.

13 ulasan:

Kama Kimin berkata...

x tahannnnn..dah tirgoda dah...nak cuba buatlah..saya ni klu masak yg senang tu memang cukup suka..cepat dimasak, cepat dimakan..cepat abis

Acik Erna berkata...

Assalam Rahel..pisang bakar..pisang kapit..tak tahan acik tengok ni..dirumah acik ni semuanya peminat pisang..asal pisang je..kadang tak sempat nak buat kuih dah habis.

mala berkata...

best ni rahel buat minum dgn kopi O

Bicara Kak Noor berkata...

nak kena buat jugak ni Rahel pasti sedap kalau pisang kapit ni ranggup cicah kopi lagi bestttt

Kak Sam berkata...

Alamak wajib cuba ni. huhuhu bila yea?

Evelyn Gemina berkata...

Selamat pagi kak rahel, wah ada pulak kraker pisang ya, nampak sedap pulak tu, gud idea, nnt ble diterai...

CT Delima berkata...

As'salam Rahel

k.ct suka bila internet lju boleh tengok pic Rahel yang cantik hehehe. Ni kita menu baru ya, mudah ni sedap nampaknya :)

zila norazila berkata...

rahel..dh tau kesedapanya tue..zila biasa buat letak sambal tumis jew dalamnya..blm pernah buat ltk pisang lg..menu best nie:)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ berkata...

Wahhh resipi yang sangat unik ngan krakers...krap krup nampaknya!! :)

JaSSNaNi berkata...

uwaaa rahel.. ni mesti best bila makan krup krap bunyi nye.. kan.. nampak sangat2 sedap dan menyelerakan.. :) saya suka yg crispy. :)

ijayuji berkata...

Salam kak! salam bulan yg baru ehehe.... nmpk sedap lerrr, nanti nak cek resepi :D jakun kita ni kak hihihi...

Amie berkata...

Hai Rahel... Kak Amie baru sampai ni, tercungap2 lagi ni sebab berenang dari Lahad Datu sampai pelabuhan Tawau ha ha hah... nak makan juga cemilan Rahel, sementara tunggu nafas kembali tenang, buatkan untuk kak Amie sepiring ye!

Rohah berkata...

unik sungguh cemilan2 ni...memang tak pernah buat, satu kelainan kan..