Rabu, 3 Oktober 2012

Karipap Bijan Inti Udang

Salam...


Karipap Bijan Inti Udang
Sumber:Sedap

Bahan:
250g tepung gandum
1 sudu makan bijan hitam
1 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh garam
70g marjerin
60ml air sejuk
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:
1/4 labu bawang besar,cincang halus
3 ulas bawang putih,kisar halus
200g udang tanpa kulit,cincang halus
6 ketul bebola ikan,potong dadu kecil
1 biji cili merah besar,cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh sos ikan
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
35g suhun,rendam dan dipotong-potong
25ml air
1 sudu makan minyak masak untuk menumis

Cara membuatnya:

1.Inti;tumis bawang putih,bawang besar dan cili merah sehingga terbit aroma.

2.Masukkan udang.Tumis sehingga berubah warna.Masukkan bebola ikan.Kacau rata.

3.Masukkan sos tiram,sos ikan,serbuk lada sulah dan gula pasir.Kacau rata.Masukkan air dan suhun.Kacau rata.Masak sehingga menyerap.Ketepikan.

4.Kulit;campur tepung gandum,bijan hitam,susu tepung dan garam.Masukkan marjerin.Kacau sehingga berbutir.Masukkan air.Kacau sehingga rata.Uli dan biarkan selama 15 minit dalam peti sejuk.

5.Canai nipis adunan menggunakan canaian mi (i canai guna pencanai biasa),mulai daripada ketebalan no.1 (paling tebal) sehingga ketebalan no.7.Lakukan beberapa kali pada setiap nombor sehingga adunan licin sambil ditabur tepung gandum.

6.Potong-potong bulat berdiameter 10cm.Masukkan inti.Lekatkan dengan air.Tekan sehingga
   melekat.Pilin.

7.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.

Selamat menikmati Karipap Bijan Inti Udang.

22 ulasan:

mala berkata...

uniknya karipap ni ...

Mas berkata...

nampak cantik la karipap tu rahel..
kretiffff

Mamasya berkata...

Aslmkum Rahel.nengok resepi intinya ada udang dan fishball...lain dr yg biasa.pasti sedap ngunyah ptg2 sambil tengok tv....

Zalinah Basir berkata...

Sedapnya karipap.. lama tak buat.. tapi karipap ni lain dr yg lain pasti sedappp.

Marsita Yahya berkata...

cantik lak karipap tu ada dot dot...

Shiela berkata...

wahhh.. cantek sungguh kejadiannya dear.. perfect gitu.. :)

ibundo berkata...

datang ngintai rahel masak apa. Ooo.. cantiknya karipap. Unik tak pernah tengok lagi ..

ibh_sue berkata...

Uih!..Sedapnya karipap tu.. Ada kelainan la..Thank's Rahel..Akak copy resepi ya..Hehehee

♥MAMASYAZA♥ berkata...

mesti sedap ni

MamaFaMi berkata...

Mama pantang karipap... pantang jumpa! Hehehe...

Gee® berkata...

Rahel, nak karipap bijan 2 ketoi... bestnyaaaa

yan's cottage berkata...

salam kenal....
resepi menarik untuk di cuba....tq

Evelyn Gemina berkata...

Selamat tengahari kak rahel, wah versi baru ni, mesti sedappp : )

JaSSNaNi berkata...

haiiipppp... sapa soh wat karipap camni? huhhh... fes time tengok karipap banyak taik lalat ni... lawa la pulok... pandai nya rahel ni.. creative betul dia ye... :)

ijayuji berkata...

Salam kak! ehehe... senyum kita baca komen kak jasnani kata byk tahi lalat :D best3!! nanti leh try, mesti sedappp sbb kita suke bijan itam :D

dZana berkata...

aslmkum rahel.. idea kreatif.. msti best bila mkn tergigit2bijan tu..

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

memang sah kreatif Rahel ni, idea yg tak terfikir dek akak he he

psst akak c/p resepi tart cheese tau..tqqq sedap sgt

Qasey Honey berkata...

Rahel...awak ni mmg kreatippp la...suka dgn idea awak ni...

geram tgk kuih karipap yg bolat2 tu..gelembung2 badannya..penuh isinya tu...QH nk simpan yer resepi ni..tq

zila norazila berkata...

slamat malam rahel..alahaii bila nk dicuba nie..he hehhe ampunn jgn goda aq..:)

Rohah berkata...

cantek sungguh...trpaut hatiku..

eyeyou berkata...

lapauuuu lg!!!

Uda berkata...

Salam kenal.......cantik karipap tu....bnyk dot2.....nnti nk cubalah......tq....bilaudamenulis.blogspot.com