Ahad, 26 Februari 2012

Kuih Bom Pisang

Selamat bersiaran kembali dan selamat berhari minggu,semoga korang semua gembira bersama keluarga,sahabat dan kawan-kawan.Hari ni Raheltak ke mana-mana,duduk rumah je layan laptop.Pagi tadi Rahel buat sikit kuih bom pisang yang lembut dan gebu,skejap je dah licin kami kerjakan.Kalau cakap bab kuih bom/cekodok pisang memang ramai yang gemar makan kan? Rahel aje..dari kecik sampai skarang ni tetap tak lupa pada kuih bom pisang ni,kalau ada buag pisang kat rumah,memang tak ketinggalan dengan kuih bom pisang ni..
Ok la,bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita semak resepinya...

Kuih Bom Pisang
Sumber:Rahel

Bahan:
7 buah pisang emas,dilenyek halus
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula kastor
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar susu tepung
2 biji telur dipukul rata bersama secubit garam
1/4 sudu teh esen pisang/esen vanila

Cara:
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk,gaul rata.Perap selama 10 minit.
2.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
3.Menggunakan tangan,ambil sedikit adunan dan punjutkan ke dalam minyak
   panas tadi.Goreng kuih bom dengan api perlahan hingga perang.Angkat dan
   toskan.

*Kalau tak pandai guna tangan utk punjutkan adunan,gunakan sudu kecil.

Selamat mencuba...

10 ulasan:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

salam Rahel..kak Ros selalu jeles tengok orang buat cucur bulatbulat.Kalau kak Ros buat walau cucur apa pun tak tahu kenapa tak pernah nak jadi betul2 bulat.

rahel berkata...

Wsalam Kak Ros..
Sama la kita kak,dulu tak pandai nak buat yg bulat2,tapi slalu praktis klu buat cucur/cekodok,jadinya bole tahan la...

mala berkata...

salam rahel, wow! bulatnya ...

ummiaisyah berkata...

waaaa...bulat2 sungguh cekodok itu! geramnya tengok..

Wani berkata...

selamat malam rahel dah tido ke .. wah menu sama lak kita ya .. ada jugak perkataan bom tu hihi .. lama dah x wat cucur pisang cam ni .. mulat2 kuihnya..

rahel berkata...

Wsalam Mala..
kali ni Rahel buat kuih bom yang tak bulat sangat..masi nak perbaiki lg.

rahel berkata...

Ummiaisyah,mulat2 macam ni memang senang nak kerjakan,skejap je abis..hehe..

rahel berkata...

dah pagi baru masuk..hehe...kuih bom kegemaran kita..

Sue @ Nenie berkata...

Salam kak Rahel..Thanks sudi share resipi..Ada masa nak cuba juga lah...

rahel berkata...

Sue,silahkan di cuba..best tau..