Ahad, 2 Oktober 2011

Steamed Sweet Potato Cake

Selamat bertemu kembali,semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu bersama orang yang disayang.Tengah buat apa tuu? Pelik??? Apa macam,sesuai tak kuih yang dalam picture ni dengan tajuk entri? Itulah nama yang ada dalam buku resepi tu..cuba tengok betul-betul..

Time mula2 tengok pic dalam buku tu memang menggiurkan betul,dan ingatkan macam kuih lopes ubi bab nampak cantik dan kemas disalut ngan kelapa parut,tapi bila dibaca dan dibaca resepi tu,rupa-rupanya ada letak inti kacang merah...lagilah pelik...dohnya macam onde2 keledek dan pada saya memang sesuai kuih ni dipanggil onde-onde tapi nasib baek dlm resepi tu disuruh leperkan macam yg dlm pic tu,jadi apa lagi tangan pun teruskanlah buat kerja-kerja sambil masih belum jugak berhenti memikirkan nama kuih ni.


Hmmm..kalau nak tau kuih ni memang sedap sangat dan sangat lembut lagi2 ada inti kacang merah..bertambahlah rasa lemaknya...dan pada Rahel memang sesuai sangatlah kuih ni dihidang pada waktu sarapan & juga minum petang.Agaknya kalau dibuat untuk jualan memang banyak laku punya,sebab Rahel sendiri pun memang suka sangat walaupun baru pertama kali mencuba.O ya,pada yang teringin mencuba kek ubi manis ni Rahel share resepinya kat sini ye...silahkan dicuba..pasti suka sangat.

Steamed Sweet Potato Cake
Resepi:Dim Sum Goes Vegetarian/Chin Mun Chong

Bahan untuk kulit:
250g ubi manis
200g tepung beras pulut*
25g tepung beras*
100g gula kastor*
1/2 sdb shortening*
air secukupnya*

Inti:
inti kacang merah secukupnya

Hiasan:
kelapa parut secukupnya}
sedikit garam},gaul rata

Cara:
1.Kukus ubi manis sehingga masak.Lenyekkan.
2.Campurkan ubi yang telah dilenyek tadi dengan semua bahan
   bertanda dan uli sehingga menjadi doh.
3.Bahagikan doh itu kepada 20g setiap satu.Beri inti dan bentuk
   bulat kemudian leperkan.
4.Kukus dengan api kuat selama 5 minit.Setelah itu,keluarkan &
   tabur dengan kelapa parut.Hidangkan.

*Tuang air sedikit2 ke dlm doh sambil diuli sehingga boleh di
  bentuk seperti onde2.
*sapu loyang/pinggan tahan panas dengan minyak,kemudian
  susun kek ubi manis yang hendak dikukus supaya tidak melekat.



Selamat menikmati Steamed Sweet Potato Cake

8 ulasan:

nuwairani ismail berkata...

hmmm...pelik ni...mcm mana la bahan2 kuih ni...belom pernah jumpa

izahdaut berkata...

mcm nak buat jugak. tapi keledek lak dah habis buat karipap semalam. nak beli keledek lah. sebab nampak pun sedap sangat. gune keledek kunign ke?

Ummi berkata...

Yuhuuuu...Rahel masak apa? hehehhe..soklan sesuai utk Rahel pnya blog ni kan...hehe... Kek ni kira wat minum petang mesti sedap ni eh.. cantik kuning jek keledek tu.. :)

rahel berkata...

Nuwairani,namanya memang pelik tapi dia punya rasa memang sedap betul...bahan2nya nda' juga pelik..senang2 saja.

rahel berkata...

Izah,cuba la..memang sedap ni..sy guna ubi kuning je,tapi agak2nya semua jenis ubi manis pun boleh guna jugak.

rahel berkata...

Kak Ummi
Hehehe...sedap2...dohnya sy bagi pewarna sikit utk tambah seri..hihihi..

Diana @ Melley Mey berkata...

rahel... sedapnya tgk.. nie kalu buat nie kejap jer abis nie.. mmg fav nie bab2 ubi keledek... suka sgt makan...

rahel berkata...

Diana..memang sedap ni..dan mesti cepat habis (kalau jumpa orang kuat makan..hahaha).