Selasa, 12 April 2011

Oreo Marble Puding

Selamat bertemu kembali,harap semua sihat dan ceria selalu.Hmmm cuaca panas
terik cam ni memang membuatkan saya selalu tercari-cari benda2 yang menyejuk
kan..masuk dapur selongkar brg & tengok2 klu ada yg boleh dijadikan penyejuk
tekak,terjumpa la bahan2 untuk buat puding & terlintas dalam fikiran untuk mera-
sa puding layer biskut oreo so terjadila puding oreo yang tak seberapa lawa ni,tapi
kalau soal rasa..jangan di tanya...hehe..ehem3..






Nah untuk resepi puding oreo ni memang mudah didapati bahan2nya,buatnya
pun memang senang la..oklah kawan2 tak mau cerita panjang lg,letih tangan ni,
tengok-tengoklah resepinya di bawah tu ye...

OREO MARBLE PUDING
Resepi:Rahel

Bahan:
1 paket agar-agar serbuk putih (10g)
2 biji telur
150ml susu sejat
500ml jus oren
100g gula pasir
1 st esen vanila
9 pasang biskut oreo (biskut oreo dibiarkan bercantum dg
   krimnya)
1 st serbuk koko
sedikit pewarna hijau




Cara:
1.telur,susu sejat,gula disatukan,kemudian blender halus.
2.campur bahan blender dg jus oren,esen vanila,serbuk agar2,
   kemudian panaskan di atas api perlahan hingga mendidih
   dan senantiasa dikacau guna whisk.
3.adunan di bahagi 3,1 bahagian diberi pewarna hijau,1 baha
   gian diberi serbuk koko & 1 bahagian dibiarkan warna asal.
4.ambil acuan,tuangkan 1/2 adunan asal,kemudian diikuti dg
   adunan hijau 1/2,berselangseli hingga 2 jenis adunan habis.
5.kemudian susun rata biskut oreo (beri sedikit jarak).
6.akhir sekali,tuangkan adunan yg berisi serbuk koko.biarkan
   sejuk,baru simpan dlm peti sejuk 1 1/2 jam.   

  * pesan:bila nak hidang puding,telangkupkan puding ke dlm
     pinggan,baru potong.


Selamat mencuba..

9 ulasan:

mariyaamohdtahir berkata...

assalamualaikum,
pertama kali singgah di blog ini, salam berkenalan. nampak sedap puding nie, nak tanye biskut oreo tu masih keras tak selepas puding tu dah siap?

rahel berkata...

Wsalam Mariya..
thanks sudi singgah n tinggalkan jejak..dan selamat bekenalan..selepas jadi puding..biskut dah tak keras sangat..

azlaniza berkata...

hai rahel...bekas acuan tu seeloknya berkaca atau mcm periuk kecik?

rahel berkata...

Hai Azlaniza..thanks sudi singgah..yang ni Rahel letak dalam tuppeware je..senang nak keluarkan puding klu dah sejuk.

mama4A's berkata...

tergodanya nengok puding nih... nak2 pula tgh puasa.. mesti cuba nanti recipe ni.. mesti anak2 tertarik ngan warna puding & oreo di dasar.. :)

Tanpa Nama berkata...

Jus oren tu yg beli dlm kotak tu ker..? Ker jus oren yg kite wat sndr cnth sunquick..sori..sj nk tau sbb Xbape nk fhm..

Bitt (double IS) berkata...

hi u...
perghh tertarik saya dengan resepi u nih...i follow...senang nak refer u bila dah buat nanti..hehehhee

misshannajr berkata...

terliur tgk puding ni even skrg tgh kesejukan sbb hujan lebat hhehe

Sukma Haron berkata...

Ohsem...nampak sedap boleh try...