Selasa, 7 Jun 2011

Nasi Oren Kunyit





Salam sejahtera kepada semua,semoga sihat dan ceria selalu.Hari ni Rahel nak share lagi satu resepi yang mudah dan sangat senang disediakan..bagi yang gemar makan nasi minyak dan yg sewaktu dengannya..bolehlah mencuba resepi yang sangat simple ni.Nasi oren kunyit ni ngam dihidang bersama aneka lauk2 kesukaan memasing..jadi jom kita layan dulu resepi nasi ni..


Nasi Oren Kunyit
Resepi:Rahel

Bahan:
250g beras basmati,cuci bersih,rendam 10 minit-toskan
1 buah oren,diparut kulitnya & diambil jusnya
2 3/4 cawan air sup ayam yg panas
2 biji bawang merah,dimayang
2 ulas bawang putih,dimayang
1 cm halia,dimayang
2 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 buah pelaga*
1 batang kulit kayu manis*
1 genggam kismis
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi/marjerin

Cara:
1.Panaskan minyak sapi dalam kuali,tumis bahan bertanda* hingga wangi.Tambahkan halia,dan bawang ,tumis lagi hingga wangi.

2.Masukkan beras basmati,kacau sebentar selama 1 minit.Kemudian alihkan ke dalam rice cooker.Tuangkan sup ayam,kulit oren,jus oren serbuk pati ayam & garam.Biarkan mendidih.

3.Kacau lagi sebentar & masukkan pula kismis,biarkan nasi masak sepenuhnya.




Ahad, 5 Jun 2011

Salad Spageti

Selamat tengah hari kepada semua,semoga sihat dan ceria selalu.Untuk hari ni tak sempat nak masak banyak2,buat salad spageti je..ini antara menu kesukaan saya juga..kalau nak yang senang & ringkas tapi sedap,salad spagetila alamatnya..


K la kawan-kawan..sebelum keluar Rahel letak aje resepinya kat sini sebagai rujukan Rahel dan juga kawan2 yang tercari-cari resepi salad spageti..bolehlah cuba ek..sonang dan sedap...jom layan dulu...


Salad Spageti
Resepi:Rahel

Bahan:
60g spageti,rebus hingga lembut toskan,rendam dalam air batu
5 ekor udang segar,buang kulit dan rebus,rendam dlm air batu
1 batang carrot,sagat,rendam dlm air batu
3 helai daun bawang,potong kecil
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan sos ikan
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu makan jus lemon,boleh tambah jika suka masam
1 sk gula pasir,boleh tambah jika suka manis
sedikit garam

Cara:
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.Hidang.

*toskan bahan yg direndam dalam air sejuk terlebih dahulu baru
  gaul dg bahan lain.
*jika ingin salad yg banyak gandakan je bahan2nya.
*kalau tak ada air batu,salad boleh disimpan dalam peti sejuk
  selama 1 jam baru hidang.



Selamat menjamu selera...

Ketayap Dot-dot

Selamat bertemu kembali di pagi yang indah ini,apa khabar semua? Awal pagi lagi dah mengedot lagi ke kuih ketayap ni,semua kerana trend terkini yang sedang hangat mendot-dot,klu bole semuanya mau didot-dotkan,tapi nampak cantik juga kalau kena dot-dot,berseri ja nampak kuih ketayap ni.






Oklah..Rahel berhenti skejap bab nak teruskan sarapan pagi...jika berkenan dengan ketayap dot2 ni..silahkan ambik resepinya..anda pasti suka..layannn.

Ketayap Dot-dot
Sumber resepi :Rasa 2010


Bahan:
110g tepung gandum
1 biji telur saiz B
375ml santan cair
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh pandan paste

Cara:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk,gaul rata.

2.Ambil 1/4 cawan adunan dan tambahkan 1/4 sudu teh pandan paste,1 sudu teh tepung gandum,gaul rata.Tapis dan masukkan ke dalam botol yang ada muncung supaya senang nak dot2kan nanti dalam kuali.

3.Panaskan kuali leper (non-stick pan),sapu dengan sedikit minyak.

4.Sediakan adunan yang dalam botol tadi,dot2kan dipermukaan kuali,kemudian tuangkan 1 senduk adunan di atasnya.

5.Layangkan kuali agar adunan rata.Biarkan masak sepenuhnya baru angkat.

6.Buat langkah no. 4 & 5 hingga semua adunan diguna.Kemudian beri inti & gulung dengan kemas.


Untuk inti:
250g gula merah
200g kelapa parut putih
50ml air

*masak gula merah dg air sampai larut,tapis.
*kemudian masak kembali gula merah dg kelapa parut sampai sebati.
*siap untuk diguna.


 
Selamat mencuba....