Sabtu, 15 Oktober 2022

Chocolate Chip Cookies


Ini antara cookies yang paling ramai peminatnya.Skarang kalau mahu makan cookies boleh pergi kedai bakery or supermarket sahaja untuk membeli.Jika rajin bolehlah buat sendiri di rumah sebab bahan-bahan yang diguna pun sangat mudah dan resepi pun berlambak-lambak di google,anda tinggal memilih resepi yang mana berkenan di hati.Ini kali saya guna resepi dari google juga sebab saya nampak best itulah tertarik untuk mencuba.

Untuk percubaan pertama saya ikut bulat-bulat resepi sebab nampak comel pula saiz cookies yang besar-besar itu.Selalunya kita buat yang saiz kecil-kecil sahaja kan? Jadi ini kali kita cuba pula saiz cookies yang besar-besar.Pada yang suka cookies crunchy-crunchy boleh tambahkan kekacang dalam adunan cookies ini.Resepi asal memang tak bubuh banyak bahan,jadi terpulang pada selera masing-masing.Selamat mencuba. 



CHOCOLATE CHIP COOKIES


Bahan-bahan:

226gram butter,potong kiub dan biar pada suhu ruang 30 minit

2 biji telur saiz L

150gram gula perang

 70gram gula kastor

415gram tepung gandum

2 sudu teh esen vanila

2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam halus

2 cawan chocolate chip


Cara membuat:

1.Putar butter dengan gula kastor,gula perang sehingga berkrim.Masukkan telur sebiji-sebiji,putar rata.Masukkan esen vanilla.Putar lagi hingga rata.

2.Masukkan baking powder,garam dan tepung sedikit-sedikit sambil diputar perlahan hingga bercampur rata.

3.Tambahkan chocolate chip,kaup balik hingga bercampur rata.

4.Gunakan ice cream scoop untuk bentuk adunan,susun dalam dulang.

5.Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 35 minit.


Nota:

Jika suka cookies yang soft,elakkan bakar cookies terlalu lama,sebaiknya keluarkan cookies dari oven ketika permukaan masih lembut.



Tiada ulasan: