Ahad, 18 September 2022

Kuih Badak Berendam

Lama sudah tidak buat dessert yang satu ini.Hari ini datang mood rajin sikit itu yang sempat buat untuk hidangan petang.Kepada yang suka kuih orang dulu-dulu pastinya suka sangat kuih ini.Adunan yang diperbuat dari tepung pulut kemudian diberi inti kelapa gula merah memang sangat sedap,ditambah pula dengan kuah yang lemak gitu,memang terasa nyaman sangat.

Untuk resepi badak berendam kali ini saya guna resepi chef Hanieliza.Simple dan sedap.Doh yang sudah diberi inti dikukus.Biasa saya rebus sahaja bebola itu kemudian santan untuk kuahpun saya bubuh sikit tepung untuk pekatkan kuah,jadi kamupun boleh buat ikut cara kamu sendiri.Resepi kuih badak berendam saya sudah share,harap kamupun suka.



KUIH BADAK BERENDAM


Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut

1 cawan jus pandan

2 cawan santan 

1 cawan kelapa parut putih

1 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

2 helai daun pandan~disimpul

Sedikit garam


Cara membuat:


1.Babcuh tepung pulut bersama air daun pandan sehingga menjadi doh yang lembut.

2.Masak kelapa parut bersama gula merah,gula pasir,air dan daun pandan sehingga pekat.Ketepikan sampai dingin untuk dijadikan inti.

3.Bentukkan doh menjadi bulat dan isikan inti kelapa gula merah di dalamnya.

4.Letakkan doh di dalam loyang dan tuangkan santan pekat yang digaulkan garam.

5.Kukuskan selama 15 minit atau sehingga masak.Sedia untuk dihidangkan.






Tiada ulasan: