Selasa, 5 Oktober 2021

ROTI PISANG YANG SEDAP

Salam semua.Hari ni daku share cara² untuk habiskan cepat roti tawar dan juga pisang yang sudah masak.Kita buat roti pisang pastu hidang dengan sos coklat.Paduuuuu.


ROTI PISANG

Resepi by Rahel Blogspot 


Bahan-bahan:

5 buah pisang saba yang suda masak,dilenyek 

1 sudu besar gula perang

Secubit garam

30g butter/marjerin

1/4 sudu teh serbuk kayu manis

6 keping roti tawar,dicanai sampai nipis


Caranya:

1.Sebatikan pisang,gula,serbuk kayu manis & garam.

2.Panaskan butter/marjerin dalam non-stick pan.Masukkan campuran pisang.Masak campuran pisang ini sampai pekat lebih kurang 5-7 minit.

3.Ambil roti yang sudah dicanai tadi,sapukan inti pisang di atas roti,kemudian gulung ketat2.

4.Panaskan minyak secukupnya di kuali.Goreng Roti gulung pisang sehingga keperangan selama lebih kurang 2 minit.Angkat dan toskan.

5.Hidangkan bersama coklat ganache atau topping kesukaan anda.


COKLAT GANACHE

100g dark chocolate,potong nipis

100g whipping cream


Panaskan air dalam periuk kecik,bila air dah mendidih tuup api.Letak mangkuk berisi coklat dan whip cream di atas periuk.Kacau sehingga semua larut dan sebati.Siap untuk curah atas roti pisang.Tabur dengan kekcang or cheese or choc rice.Siap.






4 ulasan:

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

wahhh sedapppnya

EmbunRosaliza berkata...

Pisang di lenyek2 letak dlm roti rupanya. Akk ingatkan, roti gulung, pisang kat dlm

rahel berkata...

To Mamasara..in sha Allah sedap.

To EmbunRosaliza..yup,pisang kena lenyek baru letak atas roti then gulung..lagi sedap dipelbagaikan toppingnya.

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata...

Memang padu nu