Salam ceria dan salam pkp fasa 2 di Sabahš Semoga tetap tabah dan semangat menjalani kehidupan.Kebanyakan duduk di rumah jadi banyak masa untuk selongkar resepi di sana sini.Dalam group masakĀ² pun memang berlambakĀ² resepi diorang share.Resepi kali ni pun kita ambil dari group masak apa hari ini,resepi viral katanya,jadi daku tak mau ketinggalan jugašlaju ja beraksiš
Kata tuan empunya resepi,resepi ini sesuai juga untuk buat donut,so terpulanglah pada selera masingĀ²,janji rajin buat.Kali ini daku buat bun sahaja then tabur parutan cheddar cheese atasnya,dalam tak buh inti sebab bahanĀ² terhadš
BUN VIRAL
Sumber Resepi:Group Masak Apa Hari Ini
Resepi by : Wanda Jasmi
Bahan A:
1 cawan air
1 paket yis (11gram)
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar gula
1 biji telur
Bahan B:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh garam
Cara membuat:
1.Rendam bahan A hingga kembang.
2.Bila dah kembang,campurkan bersama bahan B.Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga betul-betul gebu.
3.Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga 2x ganda kembang.
4.Bila dah kembang,tumbuk doh perlahanĀ² supaya angin dalam doh keluar.Uli lagi selama 5 minit.
5.Bentukkan untuk buat roti atau donut.Boleh masukkan apaĀ² sahaja inti.
6.Selepas bentukkan,biar mengembang 2x ganda sebelum bakar.
7.Sapukan air atau fresh milk di atas roti,taburkan parutan cheddar cheese di atas roti.
8.Bakar pada suhu 160Ā°C selama 20-30 minit.Setelah masak keluarkan dari oven.Sapukan peemukaan roti dengan marjerin@butter.
Thank youš
Tiada ulasan:
Catat Ulasan