Selasa, 31 Disember 2019

Hong Kong Style Egg Tart

Salam ceria.Pejam celik pejam celik tidak terasa tahun 2019 begitu cepat berlalu.Hari ni kita sudah di penghujung 2019.Agaknya apa azam tahun 2020? Saya nak berjaya dunia dan akhirat.


Ok,kali ni kita cuba resepi Egg Tart yang menggiurkan.Rasa2 dah ramai yang mencuba resepi ini dan rata2 bagi 5 bintang gitew so aku terpanggil juga untuk mencubanya.Kali ini resepi tak salah alamat ada dua owner resepi yang kugabungkan menjadi satu dalam blog ini.Memang terbaik.


HONG KONG STYLE EGG TART

Resepi by Chef David Tan
Bahan Untuk Kastard Filling:

4 biji telur gred A
100g gula caster
100g susu sejat
140g air
1/2 sudu teh esen vanila

Caranya:
1.Bancuh telur bersama gula,dikacau hingga gula hancur.Masukkan juga susu sejat,esen vanila berserta air.Kacau sebati.Tapis dan rehatka  dalam peti sejuk selama 30 minit.

Resep by:Tasty
Bahan untuk pastry dough:(9pcs acuan 7.5cm)

200g tepung gandum
115g mentega sejuk,potong kiub
40g gula aising
1/8 sudu teh garam
2 sudu besar telur
1/2 sudu teh esen vanila

Caranya:
1.Ayak tepung,gula aising,garam ke dalam mangkuk.Tambahkan mentega.Gaul hingga jadi crumble.Tambahkan esen vanila dan telur.Uli sehingga bercampur rata.

2.Rehatkan doh dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.

3.Keluarkan doh dari peti sejuk,kemudian tekan ke dalam acuan tart.

4.Tuangkan kastard filling ke dalam tart 80% penuh.

5.Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.

6.Setelah tart telur masak,keluarkan dari oven dan biarkan sehingga suam baru keluarkan dari acuan.


Ada sikit tips by me:

Untuk pastry dough tu kita terus tekan masuk dalam acuan kemudian simpan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit atau sampai keras.So abaikan cara no.2 dan no.3 di atas tu.

Saya guna acuan saiz 7.5cm.1 resepi pastry ni boleh dapat 9pcs tart saiz 7.5cm dan resepi kastard filling pula boleh dapat 18 pcs Egg Tart saiz 7.5cm,jadi sebaiknya utk pastry korang kena doublekan adunan.

Sebelum saya tuang kastard filling,kulit tart tu saya bakar terlebih dahulu selama 20 minit pada suhu 170°C (separa masak) kemudian terus tuang kastard filling 80% penuh.

Egg Tart saya bakar dalam oven oada suhu 150°C selama 45 minit.

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi singgah😍

Rabu, 11 Disember 2019

BUN SOSEJ ALA PIZZA

Salam😊
Dapat juga kita merasa Bun Sosej yang ala2 Pizza ni.Seharian duduk berkurung ja di rumah sebab skarang ni musim hujan pulak,sikit2 hujan renyai2 mari,so sambil santai2 di rumah sambil2 tu kita menguli doh juga.


Sejak akhir2 ini jarang sudah kita beli roti dari luar,kebanyakan kita buat sendiri kalau kepingin makan.Lagipun bukan susah sangat mau buat roti ni.Banyak sudah kelas roti/bun saya join maknanya ilmu meroti sudah ada dalam kepala.


Resepi kali ini daku ambil dari blog Rasa Malaysia.Dia buat versi sausage roll tapi kita buat versi selera kita iaitu ala pizza gitew.Toppingnya itu kita bubuh apa yang ada.So korang boleh bubuh apa saja yang korang suka.Pokoknya kita buat sesuai selera kita la.Janji puas hati makan😁


BUN SOSEJ
Sumber:Rasa Malaysia

Bahan doh:
300g haigh protein flour
    5g yeast
   20g gula
     6g garam (ku guna 3g sahaja)
 30g Mentega
1 biji telur + susu segar (jadikan 200g)

Untuk Topping:
8 pcs sosej,dipotong2
Tomato puree
Sos cili
Oregano

Egg wash:
1 putih telur + 2 sudu teh air


Cara membuat:

1.Satukan semua bahan di dalam mangkuk.Gaul sebati.Tambahkan mentega.Uli lagi sehingga lembut dan licin.Rehatkan doh selama 40 minit.(tutup doh)


2.Setelah doh kembang,tumbuk doh untuk buangkan angin.Bahagi doh kepada 8 bahagian (66gm),bulatkan doh rehatkan 15 minit.Taburkan sedikit tepung di atas meja,canai nipis doh tadi.Susun dalam tray yang dilapik baking paper.Biarkan doh kembang selama 25 minit,kemudian tekan doh guna ramekin hingga terbentuk kawah 👇👇👇


3.Bubuh 1 sudu kecik tomato puree di atas doh tadi,kemudian susun potongan sosej.Paipkan sos cili dan taburkan oregano.(boleh juga taburkan cheddar cheese parut di atas sosej)


4.Sapukan putih telur pada bahagian tepi doh.Bakar doh dalam oven pada suhu 180°C selama lebih kurang 25 minit.

5.Setelah bun sosej masak,keluarkan dari oven.Biarkan sejuk dulu baru hidang👍

Selamat mencuba.



Terima kasih sudi singgah😊

Jumaat, 6 Disember 2019

COCOA PA0

Salam😘 Setelah sekian lama resepi diperap maka muncullah kerajinan ini hari.Dulu pernah buat da cocoa pau ni tapi masa tu kita belum ada blog masakan,belum ada fb so tak tau mau share di mana itu resepi pau.


Jarang kita nampak orang buat pau kaler coklat sebab lebih ramai yang minat pau putih gebu tapi tekstur sama saja bah.Inti pau pun ada macam2 pilihan.Kali ini daku guna inti ready made ja,beli di bake with yen.Dalam resepi asal guna inti yang berperisa pandan.Len kali mungkin try letak coklat filling pula,baru la meletop.Ok la,semoga dengan adanya resepi cocoa pau ni boleh jadi idea lagi bagi korang yang rajin membuat pau.



COCOA PAO
Sumber:Dim sum goes vegetarian (chin Mun Chong)

Bahan Doh:(8 pcs pau)
200g tepung pau
    3g baking powder
    4g yis
  90g air
    7g shortening
  45g gula halus
1 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh Milo

Inti:
Pandan flavoured mung bean paste (timbang 20g)

Cara membuat doh:

1.Mix air,gula,yis.Rehatkan selama 5 minit sehingga berbuih.

2.Satukan dalam basin;tepung pau,serbuk koko,Milo,baking powder.

3.Kemudian tuangkan bancuhan yis ke dalam campuran tepung.Gaul sebati.Masukkan shortening.Teruskan menguli selama lebih kurang 5 minit.Rehatkan doh selama 30 minit.(tutup doh) Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin.Uli lagi doh sehingga lembut dan licin selama lebih kurang 10 minit.Bahagikan doh kepada 8 bahagian (42g),bulatkan.

4.Sediakan inti.Timbang 20g setiap satu dan bulatkan.

5.Canai leper doh kemudian letak inti.Kelim kemas atau bentuk sesuai selera.Rehatkan lagi selama 30 minit.

6.Panaskan air dalam pengukus.Setelah air mendidih kukus pau dengan api sederhana selama 10 minit.

Selamat mencuba.


Terima kasih😘

Rabu, 4 Disember 2019

SAMBAL KERING PARU

Salam semua.Semoga ceria selalu.Hari ni kita masak lauk kesukaan kita.Ni kira terlebih rajin sudah ni sebab selalunya makan sambal paru di kedai saja,memang terasa geram ja bila nampak orang tayang sambal paru.Terbayang akan tekstur yang kenyal2 gitew.Kadang kalau pergi tempat kenduri pun ada hidangan sambal paru,kita sanggup makan itu ja dengan nasi,lain lauk tidak dipandang sudah😆😜


SAMBAL KERING PARU

Bahan-bahan:
360g Paru
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 lembar daun bay
*rebus bahan di atas selama 30 minit,kemudian toskan airnya.Biar sejuk baru dipotong nipis2.

Bahan untuk diblend:
7 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai ambil putihnya saja,hiris

Perasa:
1/2 sudu makan asam jawa,bancuh dg sedikit air
2 sudu makan gula melaka
Garam secukup rasa

Cara memasak:

1.Paru yang sudah dipotong nipis tadi digoreng hingga separuh garing.Kalau terlampau garing jadi liat pulak so hati2 bila menggoreng.

2.Panaskan sedikit minyak,tumis bahan yang diblend sehingga garing.

3.Masukkan paru goreng tadi.Kemudian masukkan bahan perasa.Gaul sehingga sebati dengan paru.Siap.