Isnin, 5 Ogos 2019

BUTTER CAKE

Salam😊
Baru ja hidang baked cheese hari tu tiba-tiba muncul lagi dengan butter cake😀 ni sebenarnya saya buat untuk budak dan En Suami makan bah.Saya tolong telan2 liur ja sebab tengah on diet.

Sedap butter cake ni,anak pun suka betul makan.Tidak lama lagi Hari Raya Haji kan? Jadi sengaja kita share resepinya supaya korang pun boleh buat nanti.Tak susah pun buatnya,bahan-bahan pun simple saja.Boleh hidang time raya nanti.



Butter Cake
Sumber:Buku Resepi

Bahan:(loyang 8"×8")
200g Butter
180g Gula Caster
200g Self raising Flour
4 biji telur saiz M (190g tanpa kulit)
45ml susu penuh krim

Cara membuat:klik 👉 VIDEO 
1.Pukul butter dengan gula caster sehingga berkrim.

2.Tambahkan telur satu demi satu sambil dipukul sebati.

3.Masukkan tepung berselang-seli dengan susu.Pukul sebati.

4.Tuang adunan ke dalam loyang.

5.Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama lebih kurang 50 minit.

6.Setelah kek masak,keluarkan dari oven.Rehatkan sebentar di atas meja kemudian tanggalkan dari acuan (terlangkupkan loyang kek)



Terima kasih sudi membaca😊

Tiada ulasan: