Ahad, 3 April 2016

Moist Banana Cake

Salam sejahtera.
Macam suam-suam kuku saja bah...



Memang tidak dinafikan,sejak kebelakangan ni saya jarang update blog masakan ni,Pembaca blog saya pun dah mula naik jemu...balik2 takda apa2 yang baru dlm sini.Bukan malas mau upload gambar dan resepi,tapi kami...kami...kami dan kami semua sebok di facebook...hahahaha..hahahaha..nah! sila sambung tertawa terbahak-bahak.Rata-rata geng blogger sebok berniaga sudah.Sikit-sikit tengok facebook...sikit-sikit tengok facebook...balik-balik selfie...balik-balik selfie...jumpa bakteria pun digambar...hantar pi facebook.Kalau nda' di send pi facebook ndada orang tau perkembangan kita...dari yang hidup sampai yang sudah jalan semua diupload gambal na pi facebook...macam-macam lah....



Oklah,supaya kamu nda' boring,tengok2lah gambar kek pisang ni ya...ada tu resepinya di bawah sana.Giliran kamu pulak buat kek.Saya sudah...sedap kek ni,moist bah.

MOIST BANANA CAKE
Diolah oleh:Rahel

Bahan-bahan:(loyang 8"x 8")
200g pisang ranum,lecek sampai halus (guna apa2 jenis pisang pun boleh asal bukan pisang plastik)
200g Butter
180g Gula Caster
200g Self Raisin Flour
      4 biji telur gred B dari peti sejuk
1/2 st esen pisang

Cara membuat:
1.Pukul butter dengan gula caster selama 3 minit.
2.Tambahkan telur satu persatu.Pukul sebati.
3.Tambahkan esen pisang serta pisang lecek.Gaul rata.
4.Akhir sekali,tambahkan tepung (3x) kaup balik hingga rata.
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg telah digris dengan butter.
   Jika suka,boleh tabur choc rice atau pisang yg dislice.
6.Bakar dalam oven pada suhu 170c selama 50 minit.


Happy Baking 

2 ulasan:

Mamasya berkata...

Lama tak singgah blog Rahel....dtg2 ada kek pisang moist...sedap buat minum ptg. betul tu...gang2 blogger sibuk di Fb...kiranya berita terkini...hi..hi..mmg ramai dah berniaga hasil aktif di blog...rezki..

Rosdi Eunos berkata...

memang ngam padanan minuman dan kek pisang nih.. tetiba malam malam buta ni jadi lapar pulak tengok