Jumaat, 19 Februari 2016

Happy Birthday To My Darling

Semoga sentiasa diberi kesihatan,dimurahkan rezeki dan umur yang panjang.Buat pembaca blog Rahel,layan luahan hati my darling di bawah ni..

"Terima kasih Sayang kerna buatkan saya kek yang paling enak. Hadiah harijadi yang tidak terhingga nilainya ni :) Alfian pun balik2 minta suapkan kek ni.Saya lebih suka kek ni dikenali sebagai Kek Cinta Abadi sebab bukan saja bahan-bahannya serta adunannya yang menarik tetapi kek ini dibuat khas untuk hari lahir saya. Akhir kalam, ibarat 3 ketul Macaroon yang terhias indah di atas kek ini, maka 3 perkataan istimewa juga dari saya untuk Sayang = "I Love You'. "


Nampak gambar kek ni macam besar ja kan? tapi sebenarnya ianya kecik sahaja,memang sengaja buat yang kecik sebab kalau buat yang saiz besar siapa la yang mahu tolong habiskan.Bukan jemput saudara atau kawan2 pun,hanya kami bertiga sahaja yg hadap.


Rahel tukang buat kek,siap terima tempahan kek juga,tapi kadang kering idea kalau tiba hari istimewa macam ni,sudahnya buku resepi yang berlonggok jadi mangsa...kena belek berkali-kali,lepas tu mula la berangan mahu buat ini buat itu...last2...pi online...google lagi jadi mangsa...


My Darling memang suka dessert yang bercoklat,jadi Rahel pun google la dessert2 yang serba coklat...fuhhh!!!...berlambak....jadi rambang mata...sampai pening pun ada...hahahaha....banyak silau wooo...



Ok lah...mesti ramai yang tertanya2 atau nak intai2 resepi kan? Rahel cerita sikit bab kek coklat keju ni,buatnya senang,rasa pun sedap sangat...kaw2 gitu la...Kena berterima kasih pada tuan empunya resepi,semoga semakin banyak lagi resepi yang menyegat dari dia.


Baiklah...
Rahel share resepi di sini khas untuk pembaca blog Rahel dan juga untuk rujukan Rahel pada masa akan datang.Yang tinggal area Tawau,Sabah,kalau kamu ndada peralatan baking di rumah atau malas2 mau buat kek,sini kamu rang...order saja di sini ya...dijamin puas hati...dan harga berpatutan..


No Bake Chocolate Cheesecake


Bahan-bahan:
150g biskut digestive (sy guna oreo)
  45g butter~cairkan

110g gula caster,asingkan 1 sudu besar
120g UHT whipping cream
150g Dark chocolate~double boil hingga cair,biar sejuk
      2 sudu besar serbuk koko
200g cream cheese

Cara membuat:
1.Hancurkan biskut,gaul dengan butter cair & 1 sudu besar gula caster.
   Mampatkan ke loyang 7" dan simpan dalam peti sejuk.(saya guna loyang 6")
2.Pukul whipping cream hingga soft peak.Tambahkan coklat cair yang telah sejuk.
   Kemudian tambahkan serbuk koko yg dibancuh dengan sedikit air panas.Sebatikan.
3.Pukul cream cheese dan lebihan gula caster tadi.Tuang ke dalam adunan coklat tadi dan kacau rata.
4.Tuang adunan ke dalam loyang biskut base tadi.Bekukan dalam peti ais selama 1 jam.
5.Alihkan ke dalam peti sejuk biasa selama 30 minit sebelum hidang.

*Deco ikut kreativiti anda.
*Untuk cheese lebih cantik,elok simpan semalam dalam peti sejuk sebelum potong kek.



Sayang selalu...

Tiada ulasan: