Khamis, 20 Ogos 2015

Nutella Cheese Tart

Selamat malam....


Cheese Tart yang comel dan gebu sudah semestinya menjadi idaman.Skarang ni fenomena Cheese Tart Obess,sana sini ternampak kegebuan cheese tart.Sebenarnya tidaklah susah untuk membuat cheese tart obes,yang penting kena dengan teknik2 dan juga bahan dalam resepi tu yang mainkan peranan..Resepi kali ni salah satu resepi yang terbaik yang pernah Rahel buat.Dulu blueberry cheese tart,skarang sudah jadi Nutella Cheese Tart,hanya tukar inti jak kan.Rahel lebih suka saiz cheese yang sederhana gebu...macam yg Rahel buat ni,sebab kalau terlebih obess,memang geramm ja...macam mo tenyeh2 ja cheesenya....hehehe.Pada yang tercari-cari resepi,apakata u try pulak resepi ini,manatau boleh jadi sumber pendapatan....selamat mencuba...


NUTELLA CHEESE TART
Rujukan:Blueberry cheeseTart 

Bahan untuk pastry:
150g mentega
90g gula (kurangkan jika tak suka manis)
1 biji telur
250g tepung
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara menyediakan:
1.Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2.Masukkan telur dan esen vanila.Sebatikan.
3.Masukkan tepung dan gaul sebati.Bentukkan ikut acuan.
   Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit.

Bahan Isian Keju:
250g krim keju
50g gula
1 biji telur

*Nutella secukupnya untuk inti~masuk dalam piping bag

Cara 
1.Pukul krim keju dan gula shingga kembang dan masukkan telur
2.Isikan pastry dengan nutella,diikuti dengan bahan krim keju.
3.Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit (ikut kepanasan oven masing2)


Enjoiii....

Sanggar Peppe'

Salam ceria selalu.



Satu lagi menu sedap dari seberang,yang ni menu suku kaum bugis.Kalau di Tawau memang senang jumpa sanggar peppe' @ pisang penyet.Petang2 siok pekena sanggar peppe' dicicah sambal tomato dan teh or kopi panas.Bahan-bahannya mudah saja,guna pisang saba yang mentah sahaja,kalau pisang yang sudah masak pulak memang sesuai untuk buat pisang goreng cheese la.Apa pun jom try sanggar peppe' @ pisang penyet ni.Pastikan kita buat sambal tomatonya terlebih dulu baru goreng pisang.Sedap makan panas2.
 

SANGGAR PEPPE' @ PISANG PENYET

Bahan-bahan:

Pisang saba/pisang abu/pisang kepok/pisang nipah (yg mentah saja,dibuang kulitnya)
Minyak untuk goreng pisang

Pencicah:
Tomato
Cili padi
Belacan~digoreng
Garam & gula secukup rasa

Cara membuat pencicah @ sambal tomato:

1.Rebus tomato dengan sedikit air sehingga tomato layu dan agak terbelah.Angkat.Toskan.

2.Tumbuk cili padi bersama garam sehingga lumat.Tambahkan belacan.Tumbuk lagi hingga lumat.

3.Masukkan tomato dan tumbuk lumat.Perasakan dengan sedikit gula pasir jika suka.

Cara membuat pisang penyet:

1.Panaskan minyak dalam kuali.Goreng pisang hingga separuh masak.Angkat.Toskan.

2.Sementara pisang masih panas segera penyet2 hingga nipis.

3.Goreng kembali pisang hingga rangup selama 2-3minit.Angkat.Toskan minyak.



Rabu, 12 Ogos 2015

Kek Pandan Keju

Salam ceria selalu...


Macam lama sudah Rahel nda share resepi kek kan? Semalam lepas buat kek tempahan,Rahel merajinkan diri juga untuk buat satu kek yang berperisa pandan serta berkeju...tapi mo yang simple sahaja.Skarang ni tengah hangat pasal kek potong yang cantik,jadi kali ni Rahel share versi kek potong ya,mana tahu ada pembaca blog Rahel yang tercari-cari resepi kek potong.

Sebenarnya tidak susah untuk buat kek potong ni,resepinya pun tidak la cerewet sangat.Boleh saja guna mana2 resepi yang disukai kemudian bakar dalam loyang empat segi,lepas tu cari la resepi krim atau filling yg kita suka.Toppingnya pun senang sahaja...ada banyak resepi di google...ambil aja resepi yang kita suka,kemudian olah.Boleh gitu? Ya boleh dong! Mahu bukti lagi ka? Cuba lihat resepi dan gambar kek yang Rahel buat,resepinya Rahel ambil dari blog masakan kawan2.Resepi kek span dari blog Juicy Cafe,kemudian resepi cream cheese frosting dari blog Azlita.Rahel satukan resepi jadi Kek Pandan Keju.Lepas ni korang pulak yang try ya...sedap tau kek ni.Selamat mencuba.


KEK SPAN OPTIMA


Bahan-bahan:
250gm tepung optima @ sponge mix
4 biji telur gred A
50g susu segar
1 sudu besar pandan paste
1 sudu kecil  pewarna hijau
80gm Butter~cairkan @ minyak

Cara membuat:
1.Menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi,pukul tepung,telur dan susu selama
   10 minit.
2.Masukkan pandan paste dan pewarna,pukul lagi sehingga rata.
3.Tuang butter cair,pukul dengan kelajuan perlahan,cukup sehingga sebati dan rata sahaja.
4.Tuang dalam loyang bersaiz 8" yang telah digris dan dilapik kertas minyak.
5.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170'C selama 35 minit.
   Setelah masak,keluarkan dan sejukkan atas redai.
6.Buangkan kerak2 pada tepi dan atas kek span.

Pesan:
Rahel buat 1/2 adunan sahaja untuk kek nipis.


CREAM CHEESE FROSTING


Bahan-bahan:
150gm krim keju
30g mentega tanpa garam
60g gula aising~ayak
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Pukul krim keju dan gula hingga kembang
2.Masukkan mentega,esen vanila.Pukul sebati.

PENYELESAIAN KEK PANDAN KEJU

Bahan-bahan:

1 biji kek span pandan empat segi saiz 8"
Cream cheese frosting
Keju Cheddar~parut

Cara:
1.Letak kek atas papan kek.
2.Sapu permukaan kek dengan cream cheese frosting.
3.Tabur keju cheeddar parut di atas cream cheese frosting.
4.Biarkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam sebelum potong.



Enjoiiii

Ahad, 2 Ogos 2015

Lontong Paris

Salam ceria selalu dan selamat berhujung minggu.
Masih lagi dengan resepi biskut raya.Lain benar nama biskut yang satu ni kan.Rahel suka makan biskut ni,time raya mesti mencari kuih yg satu ni.Biskut disalut dengan karamel kemudian digolek dalam kacang cincang...boleh bayangkan sudah macam mana rasa dia kan.Hasil google sana sini terjumpa la resepinya di You Tube..senang rupanya membuatya..tapi time buat karamel tu yang kena hati-hati...bahaya kalau tangan terkena karamel panas.Oklah...jom cuba resepi kue lontong paris @ kue kurma....



LONTONG PARIS


Bahan biskut:

250g mentega
75g gula halus/gula aising
1 biji telur
300g tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung

Bahan Lapisan Karamel:

Gula pasir secukupnya
Air mendidih secukupnya

Kacang tanah~disangai~dicincang

Cara membuat Lontong Paris:

1.Pukul mentega dan gula halus hingga sebati.Tambahkan telur.Pukul sebati.

2.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan sedikit2.

3.Cetak adunan sebesar ibu jari atau sesuai selera.Letak dalam loyang yang sudah dioles mentega.

4.Bakar pada suhu 160'c selama 30 minit.

Cara membuat lapisan karamel:

1.Masak gula dengan api kecil sampai meleleh dan berwarna keemasan.
2.Kemudian masukkan air mendidih sedikit2.
3.Dalam keadaan panci karamel di atas dapur dengan api kecil,masukkan kue2 tadi ke dalam panci,kacau sehingga semua biskut disalut karamel.
4.Kemudian angkat dan tuang ke dalam kacang cincang.Kacau perlahan sehingga semua kacang melekat dengan biskut karamel.



Enjoi.