Rabu, 21 Januari 2015

Blueberry Cheese Tart

Salam ceria selalu💋




Sementara tunggu baby Alfian terbangun saya sempatkan lagi buat sedikit blueberi cistat untuk sarapan.Rasanya lama juga saya tidak buat tat untuk sendiri makan,selalu buat untuk tempahan sahaja.Suami belikan buku resepi Saji keluaran November 2014,memang best2 semua resepi dalam tu.Salah satunya ialah resepi blueberi cistat yg akan sy kongsikan.Berkenan sangat dengan resepi ni,nampak bahannya mudah dan senang untuk disiapkan.Terima kasih kepada pemilik resepi Zanzafaraini Abdullah,semoga sentiasa dimurahkan rezeki.Ijinkan saya untuk share pula resepi di sini sebagai rujukan pembaca blog Rahel.


Blueberry Cheese Tart
Sumber:Saji (Zanzafaraini Abdullah)

Bahan-bahan:
150g mentega
90g gula
1 biji telur
250g tepung
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan isian keju:
Puri blueberry secukupnya
250g krim keju
50g gula
1 biji telur

Cara menyediakan:
1.Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2.Masukkan telur dan esen vanila.Sebatikan.
3.Masukkan tepung dan gaul sebati.Bentukkan ikut acuan.Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.
4.Pukul krim keju dan gula sehingga kembang dan masukkan telur.
5.Isikan pastri dengan puri blueberi diikuti bahan krim keju.Bakar selama 20 minit pada suhu 180'C.(ikut kepanasan oven masing2 ya)

Untuk ke depannya saya akan kurangkan sukatan gula dalam adunan,sebab pada tekak saya ianya agak manis sikit.Tapi terpulang pada selera anda.




Enjoiii

5 ulasan:

Wani SK berkata...

salam singgah.. lama benorrrr dah tak buat cis tat ni..cantiknya montok kat atas tu ..bila la semangat nak buat nihh..

Sweet red cherry berkata...

comel nampak cheZ tat rahel tu..buat minum petang pun sedap juga ni..

Fauziah Samad berkata...

Comel kejadiannya. Susahlah kalau jari jemari keras cam Kjee. Hehehe

Unknown berkata...

Nampak sedap, insyaAllah akan try! Thanks sharing resepi,hihi!

Ay berkata...

wahh cantiknya tart ni .macam mana mau kasi padat tart dan elak dari pecah krim cheese tu ? Bole ajar ? :)