Jumaat, 6 Februari 2015

Cekodok Mackerel

Salam ceria selalu.


Ada baby Alfian membuatkan saya sentiasa terkejar2 sudah kalau mahu masak atau mahu siapkan tempahan,itu pun kena tunggu dia tidur baru ada senang.Konon mahu buat cekodok udang semalam,terlupa pula keluarkan udang dari esbok,sudahnya mackerel dalam tin jadi mangsa...kena masak cepat2 sebelum bos besar terjaga...oke lah jom kita buat cekodok mackerel....


Cekodok Mackerel

Bahan-bahan:
1 tin (230gm) mackerel,dibuang sos,kemudian hancurkan
1 tangkai cili merah,dicincang
3 pokok daun bawang,dipotong
1 biji bawang besar,dihiris
1/2 sudu kecil lada putih biji,ditumbuk
5 ulas bawang putih,ditumbuk
1 biji telur
5 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1.Satukan semua bahan dan gaul rata.
2.Ambil sesudu adunan dan goreng hingga masak.
3.Hidang dengan nasi dan sayur bening....sedap...kalau ada sambal belacan lagi la sedap.

selamat menjamu selera.

4 ulasan:

Sweet red cherry berkata...

wah punya kreatif..nampak sedap cekodok tu rahel..best ni kan makan dengan nasi :)

Unknown berkata...

lama tak makan disini rahel, teringin lah nak makancekodok tu

Unknown berkata...

Sedapnyaaa :) :)

Rohah berkata...

Waaaahh..kreatif rahel..mackerel jd mangsa pulak ye..hihii