Khamis, 11 Disember 2014

Pukis Pandan

Salam ceria selalu kepada semua pembaca Rahel Blogspot..



PUKIS PANDAN
Sumber:My Kitchen Notes 


Bahan-bahan:
250g tepung gandum
150g gula kaster
2 biji telur
65g mentega~cairkan
250ml santan pekat
1 sudu teh esen vanila (Rahel tambah 2 sudu teh pandan paste utk rasa pandan)
1 sudu teh yis
50ml susu pekat manis
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Topping:(sesuai selera)
keju parut @ kepingan keju
chocolate rice
kismis

Cara membuat:
1.Pukul gula dan telur hingga kembang (gula larut)
2.Masukkan tepung gandum,vanila,pandan paste,soda dan yis,kacau rata.
3.Pukul lagi sambil tuang susu,santan dan mentega secara bertahap.
4.Tutup adunan dengan kain,perap kurang lebih 20 minit hingga mengembang.
5.Panaskan acuan pukis,masak adunan sampai masak.


Panaskan acuan pukis terlebih dahulu,kemudian sapu dengan minyak
Tuangkan adunan hingga setengah,kemudian tutup acuan 
Biarkan adunan masak 3-4 minit,kemudian buka penutup acuan,jika adunan kelihatan
masih basah sedikit permukaannya segera taburkan topping.Tutup semula dan biarkan
masak sepenuhnya hingga adunan kelihatan kering di permukaan.Angkat.Siap.


Enjoiii....

8 ulasan:

Amie berkata...

Cantik warnanya... terasa baunya yang harum pandan! Mesti sedapkan Rahel...

Nasa Mulia berkata...

dah lama nak try buat pukis ini, tp takde acuan, skarang acuan dah ada tp tak tahulah bila nak mulakan.

Sweet red cherry berkata...

Wana baru pula penah dgr pukis pandan ni rahel tp nampak sedap tu..tambah lagi ada topping chez..nyum2 :)

Yana Shaiful berkata...

1st time dgr kuih pukis pandan..tringin lah nk cuba tp acuan lak xde..huhuu kna cr acuan dulu ^_^

Tanpa Nama berkata...

pukis ni mcm apa ye rahel, 1st time dengar ni

zila norazila berkata...

Nampak menarik betul..hijau dia tu cantik..macam nak cuba buat lah rahel..

aliyahaznin berkata...

pun 1st time tengok kuih ni...asal makanan mana ye? sedap pulak tengok color camtu :))

Jemput singgah BLOG saya. Ada tips dan perkongsian tentang bisnes dari rumah :)

MamaFaMi berkata...

Salaam Rahel,

Mana mama nak dapatkan acuan kuih ni ye? Nampak menyelerakan.