Selasa, 27 Mei 2014

Lidah Kucing Pelangi

Salam penuh ceria selalu...


Ni tahun rajin pulak buat biskut yang penuh kaler ni,biasanya malas betul mau menunggu depan oven...lebih-lebih lagi mau letak kaler2 tu...aduhaiii.Sejak beberapa hari ni memang Rahel banyak berkurung dan bertapa depan oven untuk menyiapkan beberapa balang Biskut Lidah Kucing Pelangi.Macam berjanji pulak diorang semua mengoder..syukran rezeki masuk.Rasanya biskut yang satu ni memang sudah dikenali ramai n boleh guna mana2 resepi asas Lidah Kucing untuk Lidah Kucing Pelangi...tengok u orang rajin atau tidak...

Lidah Kucing Pelangi


Bahan-bahan:
250g mentega
175g gula halus
100ml putih telur
200g tepung gandum
50g tepung jagung
1/4 st emplex (perangup biskut)

Pewarna Ungu,biru,hijau,kuning,oren dan merah

Loyang Lidah Kucing digris dengan mentega

Cara-cara:

1.Ayak tepung gandum,tepung jagung dan emplex.Ketepikan.

2.Pukul mentega dan gula hingga berkrim.Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

3.Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.

4.Bahgikan adunan kepada 6 bahagian dan letak pewarna berlainan.

5.Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.

6.Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15 minit.Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menenggelamkan warna pelangi.

7.Biarkan biskut suam2 kuku dan terus simpan dalam bekas kedap udara.Biskut ini cepat lemau jika dibiar terdedah pada udara.Biskut yang lemau boleh dipanaskan semula selama 5-8 minit dalam oven yang dipanaskan dahulu dan akan rangup kembali.


Selamat mencuba.

Selasa, 20 Mei 2014

Apam Snow White

Salam penuh ceria...semoga sihat dan sentiasa bahagia....


Lama juga blog masakan ni terbiar,hari2 pelawat tengok benda yang sama jak...mesti rasa bosan kan? Tuan tanah kuat bejalan sampai lupa tanggung jawab sebagai seorang blogger masakan...ampun! Kalau dulu Rahel belum ambil apa2 tempahan so senang sikit,ada banyak masa untuk masak n ambil gambar untuk letak dalam blog,tapi kadang tidak ambil gambar juga kalau masak lauk yang sama,nanti bosan pulak tengok kan?

Kali ni tayang Apam Snow White yang memang sudah pemes di kalangan rakan2 blogger masakan n facebook,resepi ni memang sudah tidak asing lagi bagi penggemar apam,malah ada yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan.Sungguh terima kasih yang tak terhingga pada tuan empunya resepi,semoga kita sama2 diberi rezeki...amin.


Apam Snow White

Bahan-bahan:(5 orang)
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara:

1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.

2.Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.

3.Kisar/blend nasi dengan air sampai betul-betul hancur.

4.Campurkan nasi yang telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.

5.Biarkan adunan mesra selama 1 jam,adunan akan mengembang selepas itu.

6.Selepas satu jam,isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15 minit.

7.Note:sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut  bentuk acuan bila dikeluarkan.


Selamat mencuba.

Ahad, 11 Mei 2014

Selamat Hari Ibu


Semoga sentiasa dalam keadaan yg sihat,ceria,bahagia disamping keluarga tercinta.


Selamat menjamu mata.