Salam sejahtera..
Setelah letih banget siapkan beberapa tempahan maka hari ni dapat jua merasa egg tart yang sedap.Walaupun mata masi layu2 tetap semangat mahu buat sedikit egg tart guna lebihan2 dough dari tart yang ditempah.Resepinya Rahel ambil dari blog citarasawan,memang mudah cara penyediannya..hasilnya pun memuaskan.Kalau beli egg tart di luar memang boleh tahan jugak harga dia kan..sebiji RM1-2,jadi baik buat sendiri di rumah,boleh makan sepuasnya.Kepada yang belum dan yang sudah pernah merasa egg tart dipersilahkan mencuba yea...confirm tak mengecewakan.Terima kasih Kak Wan untuk resepinya.
Egg Tart
Sumber:Citarasawan
Kulit tart
(resepi dari chef hanieliza)
Bahan-bahan:
500g tepung gandum
250g mentega
100g gula kastor
1 biji telur gred A
Cara membuat:
1.Satukan mentega,gula kastor,telur.Guna senduk gaul rata.
2.Tambahkan tepung gandum,uli jadi doh.
3.Tekankan doh ke dalam acuan tart.Potong kemas tepi tart.
4.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 15-20 minit.
5.Setelah masak,biarkan suam.Keluarkan tart dari acuan.Ketepikan.
Inti Kastard
(resepi dari Citarasawan)
Bahan-bahan:
250ml susu cair/sejat
2 biji telur
60g gula kastor
1 tsp tepung kastard
1/4 tsp garam
Cara:
Satukan semua bahan,whisk hingga rata dan tapis.
Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga berbuih di tepi periuk,sentiasa mengacau
supaya tidak berketul.
Masukkan ke dalam jug kecil dan tuang ke dalam kulit tart.
Bakar semula selama 20-25 minit pada suhu 150'C hingga masak.
Enjoiii...
7 ulasan:
Assalam Rahel
Sedap dpt mkn seketul dua ni Rahel ya
Terpesona dgn tart telur nya cantikk
Kuning yg menarik
Assalam Rahel
Sedap dpt mkn seketul dua ni Rahel ya
Terpesona dgn tart telur nya cantikk
Kuning yg menarik
Salam. Belum pernah buat egg tart, tengok kat blog Rahel ni rasa teringin nak buat. Kakpb bookmark ye resipi ni, tq.
HARI TU TERAJIN SKET, SO BUATLAH EGG TART SENDIRI.. WALAUPUN RUPANYA BURUK, TAPI ALHAMDULLILLAH PUAS MAKAN SANGAT.. DARIPADA BELI KAN..
Yeay nanti nak buat
Sebab ada balance Shell tart tu
selamat pagi...cantiknya tart telur rahil buat..teringin jg mau buat..
wahh..senangnya nak buat.. dah lama saya teringin nak buat sbb saya mmg suka egg tart. tq kak rahel sbb share resipi :)
Catat Ulasan