Rabu, 28 Ogos 2013

Burasak & Ayam Masak Lengkuas

Salam sejahtera dan salam ceria selalu.
 
 
Semalam sudah tayang burasak yang bersedia untuk direbus di facebook.Pada yang tertanya-tanya akan bentuk burasak tu silahkan tengok2 ya...ini la dia yang dinamakan burasak.Burasak atau buras dihidang pada waktu raya di rumah suku bugis...tak kira la di Indonesia atau pun di Sabah.Burasak dihidangkan bersama Ayam Masak Lengkuas aka bicara ogi' "Manuk Inasu Likku".Memerlukan kesabaran untuk buat buras sebab ianya direbus berjam-jam dengan api perlahan untuk mendapatkan teksture nasi yang padat dan enak.Buras ni ada dua jenis,boleh guna beras biasa dan boleh juga guna beras pulut,tapi yang guna beras pulut tu memang kena kerja lebih lagi la...hehehe.Apa-apa pun jom tengok resepi buras yang Rahel sediakan buat penggemar buras,manatau rajin mau buat  kan...
 
Potong daun pisang,untuk pembungkus luar potong dengan ukuran lebar 9" & panjang 11",kemudian untuk alas dalam potong dengan ukuran lebar 5" & panjang 4".Daun pisang mesti kenaa layur kan agar tidak retak ketika proses membungkus dan mengikat nanti.
 
 
Ambil daun pisang,letak 3 sudu makan nasi.
 
 
Bungkus dengan kemas.Ambil 3 bungkus nasi.Dakapkan.Ikat kemas dengan tali rafia.
 


BURASAK
Sumber resepi:Rahel
 
Bahan-bahan:
1 kg beras,dicuci bersih,toskan
500ml santan pekat
800ml santan cair
2 sudu teh garam halus
5 helai daun pandan,disimpul
Daun pisang secukupnya
Tali rafia secukupnya
 
Cara membuat:

1.Didihkan santan bersama daun pandan,garam.

2.Tambahkan beras yang sudah dicuci tadi.

3.Masak sambil digaul hingga kering.Angkat.Ambil daun pisang,letak 3 sudu makan nasi.Bungkus dengan kemas.

4.Buat sampai semua nasi selesai dibungkus dengan daun pisang.Dakapkan.Ikat dengan tali rafia.

5.Rebus nasi selama 5-6 jam sehingga menjadi burasak.
 
 
Macam yang Rahel cakap tadi,buras digandingkan dengan ayam masak lengkuas.Ermm...memang nda' sah kalau mengahdap burasak baru tiada ayam masak lengkuas...hampeh! Untuk ayam lengkuas pulak memang nda' susah bahan-bahannya...guna jak rempah2 yang ada ditanam di sekeliling rumah...begitu la orang dulu2 kan...bukan mau pening2 cari bahan2 sebab memang diorang sudah ada sedia tanam lengkuas,halia,serai dan kunyit hidup di dekat2 pagar rumah,jadi masak ayam pun guna bahan2 yang fresh.Oh ya,buras jugak serasi digandingkan bersama sambal ikan bolu,sambal ikan tongkol,sambal ikan bilis dan juga sambal merah khas bugis...biasanya orang tua2 akan guna itu la jika tiada ayam tua.Ok la tu,jom tengok pulak resepi ayam likku yang Rahel sudah sediakan untuk penggemar ayam likku...
 
 
AYAM MASAK LENGKUAS
Sumber resepi:Rahel
 
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (1 kg),bersihkan,potong sesuai selera
500ml santan pekat
500ml santan cair
500g lengkuas,bersihkan,hiris nipis
3 buah limau kasturi,ambil jusnya
50g kelapa parut putih,sangai jadi kerisik,tumbuk halus
 
Bahan kisar:
2 inci halia
5 batang serai,ambil putihnya,hiris
5 cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 biji buah keras,hiris/cincang
 
Bahan perasa:
1 keeping asam keping-boleh diganti dengan 1/2 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan gula jawa atau gula Melaka
1 sudu teh lada putih biji,tumbuk halus
3 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh ajinomoto atau serbuk pati ayam
 
Cara membuat:

1.Perap ayam bersama jus limau.Ketepikan.

2.Kisar lengkuas bersama air secukupnya.Tapis dan perah airnya.Buang air perahan tadi.Kukus lengkuas selama 5 minit.

3.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali,tumis bahan kisar hingga naik minyak.Tambahkan santan.Masak santan hingga mendidih.

4.Masukkan pula lengkuas,ayam.Masak dengan api sedang.Kacau sekali-sekala.Bila santan sudah mul surut,tambahkan kerisik dan bahan perasa.

5.Teruskan memasak ayam lengkuas hingga benar-benar kering (jangan hangit).
 
 
 
Selamat menjamu selera.
 


15 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

salam rahel..Erm sedapnya...mis makan burasak raya tahun ini sebab x balik kampung, nak buat sendiri leceh susah nak cari daun pisang yang elok untuk burasak.

Kopiolimauice berkata...

tak penah makan..mcm sedap je

Sweet red cherry berkata...

hai rahel..

adui na..sdapnya buras makan sama ayam lengkuas tu..aku nda pandai buat tapi selalu time raya rmh kwn yang berbangsa bugis baru dapat makan ni..memang berabis makan pasal sedap..heheh..

Rohah berkata...

walaupun x pernah rasa,tp nmpak enak di mataku...

fazianbatrisyia berkata...

nampak sedap la. Penah dgr kawan bugis ckp pasal burasak tapi lum penah rasa lagi..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

owhh.. rahel dari kaum bugis ke? pandai banget masak burasak & gandingannya. nampak sedap sangat tu... teringin dibuatnya..

Melly Octaviana berkata...

slurrp... enak nya burasa.. i like.. nyam

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

Assalam Rahel
Akak x penah mkn tp penah dengar je
Gandingan yg menyelerakan ye Rahel

ciketon fazya berkata...

Salam rahel..
Kami bugis di johor masih buat burasak sama ayam liku.. tapi bugis di selangor ni ( my hb side) burasak tu pun mereka tak kenal..

ciketon fazya berkata...

Salam rahel..
Kami bugis di johor masih buat burasak sama ayam liku.. tapi bugis di selangor ni ( my hb side) burasak tu pun mereka tak kenal..

musa berkata...

Tak susah bikin burasak. Isteri saya keturunan Minang pun dah pandai membuatnya. Utk membungkus pertama (yg di dalam) kita pakai daun pisang yg lembut iaitu yg belum kembang lagi.

Unknown berkata...

Di selangor kawasan mane ade ambil tempahan burasak? KALau ade sila whatsapp saye 0192336079.. saye mahu order.. terime kasih ..

Unknown berkata...

Kat jenjrum ada jual burassak

Unknown berkata...

Kat jenjrum ada jual burassak

Unknown berkata...

Kat jenjrum ada jual burassak