Selamat malam.Lewat sikit saya upload resepi kali ini.Sibuk sangat siapkan tempahan biskut raya.Resepi ni saya jumpa di wall rakan facebook,nampak menarik jadi saya pun cubalah.Hasilnya memang tak menghampakan.Kepada yang suka makan biskut almond london bolehlah cuba resepi ini.
Almond London
Sumber:Facebook Noor Dz Salleh
Bahan-bahan:
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur gred A
1 sk esen vanilla
50g nestum-dikisar
500g tepung gandum }
1 sk baking powder}--->diayak bersama
1 sk emplex}
papercup secukupnya
Hiasan:
Badam cincang-digoreng tanpa minyak
700g dark chocolate compound-double boil hingga cair
Inti:
200g badam biji-dibakar sebentar dalam oven
Cara membuat:
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.Masukkan telur,esen vanilla.Pukul sebati.
3.Masukkan nestum,pukul sebati.
4.Masuk tepung,gaul rata dengan tangan atau senduk.
5.Ambil sedikit,letak inti di tengah-tengah dan bentuk bujur.
6.Bakar 25 minit pada suhu 175'C.
7.Bila dah sejuk,celupkan dalam coklat yang telah dicairkan tadi.
8.Letak dalam papercup.Taburkan badam cincang.Sejukkan sebentar dalam peti ais.Bila coklatnya dah keras,letak pada suhu bilik.Simpan dalam bekas kedap udara.
Terima kasih kepada Kak Noor Dz Salleh kerana sudi berkongsi resepi Almond London.
6 ulasan:
Salam...rahel salam ziarah..izinkan saya jd followers yer.Jika ada kelapangan sudi2lah intai dapur saya yang tak seberapa tu...tkasih
http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/
wahhh...dh siap sekut raya dia...
aslmkum rahel... apa kbr.. selamat berpuasa ye.. ada almond ldn.. plan nak buat jugak ni.. harap2 kesampaian..
salam rahel..
uina..ni la biskut yang aku paling suka makan dan tahun2 mesti buat biskut ni dan habis juga dimakan..hihi..
Almond London tak pernah pupus tiap kali raya atau pun hari2 biasa. Biskut legend ni...hehe...Rahel raya mana, di Tawau saja? Kalau turun KK jemput dtg rumah buruk kakpb:)
Wsalam Zana...
Yup,tetap turun kk raya nanti...bah jangan lupa sms saya no hp ko ya...
Catat Ulasan