Jumaat, 17 Mei 2013

BLUEBERRY SLICE CHEESE CAKE

Selamat bersiaran di pagi hari.Apa khabar sahabat skalian? sihatkah? Jom kita bersarapan bersama blueberry slice ciskek...sedap banget.Terima kasih Hasue sebab ko sudi share resepinya di blog kesayangan ko tu hingga membuatkan saya tertarik untuk mencuba.Rahel mintak ijin pulak mo share di sini sebagai rujukan kawan2 yang rajin mencuba....terima kasih.



BLUEBERRY SLICE CHEESE CAKE
Sumber:Hasue
 
Bahan-bahan:
300ml susu segar
6 keeping keju kraft
3 biji telur gred A
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega/marjerin
Blueberry filling secukupnya
 
Cara-cara:
1.Panaskan oven pada suhu 180'C,griskan Loyang dengan mentega dan tabor tepung
   atau Alaskan dengan baking paper.
2.Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju.Kacau
   sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
3.Asingkan putih dan kuning telur (kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk
   1 adunan)
4.Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue (adunan betul2 ringan
   sehingga bekas diterbalikkan adunan tak tumpah)
5.Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yang dipanaskan tadi,
   kacau perlahan.
6.Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
7.Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata.
8.Masukkan vanilla dan sebatikan adunan.
9.Ambil Loyang yg sudah digris tadi dan tuangkan adunan.Bakar pada suhu 175'C mengguna-
   kan kaedah bain marie (letakkan Loyang adunan di dalam Loyang lebih besar berisi
   air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak (bergantung pada jenis
   oven)
10.Setelah masak biarkan betul-betul sejuk baru letak blueberry filling.Sejukkan dalam peti
     sejuk sebelum dihidang.
 
 
Selamat menjamu selera.


7 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum rahel..
dah makan tengah hari ke? sini pepagi dah hujan rahmat di pagi jumaat.. syukur alhamdullillah... :)

sedapnya cheese kek ni.. nani dah copy paste kat dlm album resepi.. anak nani dah sebok tanya mak malas ni, bila nak wat cheese kek.. hmmmm...

zila norazila berkata...

amboii.wt sy kecurr jer rahel..sedapnye..:))

Sweet red cherry berkata...

salam rahel..

adui, nda tahan tguk tu bluberi chez..nmpak sdap ba..adui..

ady berkata...

wahhh!! sedapnye..

Mylesung berkata...

salam rahel..nampak gebu & sedapnya ciskek tu.. =)

Yana Shaiful berkata...

huhu..gebus sungguh ciskek itu.. dh telan air liur kt tgk dr kejauhan hihii

Qasey Honey berkata...

sedapnya..bile giliran QH nk try kek ni..huhu