Selamat berhujung minggu dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia dapur RB.
Gebu... |
Bahan-bahan:
A).480g tepung roti
120g tepung hong kong
100g gula kastor
10g garam
20g susu tepung
4 sudu teh yis
1 sudu teh pemantap roti
1 sudu teh pelembut roti
B).Disatukan:
1 biji telur
300g air dingin dr pt sejuk
C).60g unsalted butter
D).Disatukan dan kacau rata:
1 biji telur
100ml air
*200g blueberry pie filling/blueberry fruit filling
*sedikit mentega
Cara membuat:
1.Satukan bahan A di dalam mangkuk besar kecuali garam.Kacau rata hingga mesra.Masukkan pula garam.Kacau lagi hingga sebati.
2.Masukkan bahan B perlahan-lahan sambil diuli hingga sebati.Masukkan pula mentega perlahan-lahan (3x) sambil diuli hingga rata.Teruskan menguli doh sehingga elastik.
3.Biarkan doh kembang selama 50 minit.Setelah kembang sapu tangan dengan minyak dan tekan-tekan doh untuk keluarkan angin.Bulatkan doh kembali.Rehatkan lagi 15 minit.
4.Kemudian timbang doh 40g setiap satu.Bulatkan doh.Kemudian susun dalam loyang 8''.(atau bentuk sesuai dengan kreativiti anda).Biarkan kembang.Setelah kembang sapu permukaan bun dg bahan D.Paipkan blueberi filling di atasnya.
6.Setelah masak,panas-panas dioles dengan mentega.
Selamat mencuba. |
8 ulasan:
salam rahel.... bila tgk roti rahel nih baru prasan sebenonya dah lamaaa tak meroti...! jgn ada penghuni kat bm tuh sudah! aiyooooo
Salam Kak..emmm memang sedap makan di waktu petang ni..kat sini hujan,sesuai benarlah gandingkan ngan teh panas
Slama ni, ck jah x pernah gune tepung hong kong utk meroti, hmmm bole cube ni :)
alahai Rahel dah ada stanbye kopi yg buat tak tahan tengok tu mesti sedap punya ni kan bak lah seketoiiii
amboi2 sedapnya dah lah tgh lapo ni Rahel...petang tadi kan akak duk berangan jg nak buat roti sb tepung roti tu masih berbaki he he terus nampak roti Rahel ni emmm tambah semangatlah he he sayangnya akak x ada stok tepung hong kong la hu hu kena tangguh lah dulu ni
betul2 gebu rotimu...
Aduina... Rahel! Boleh makan pagi, boleh makan petang ni... betul2 menggoda rotimu ini!
Thanks teman2 kerana setia singgah selalu....
Catat Ulasan