Selamat petang kepada semua yang setia berkunjung ke dapur RB.Semoga semuanya sihat selalu.Walau pun musim crepe belum habis..tapi hati ini teringin jugak menikmati sesuatu yang lebih sesuatu...cerrr macam Syahrini pulak ni becakap...hehehe..oh ya,resepi puff jugak diambil dari dapur NCC...kata peserta mingguan rainbow di NCC resepi kulit puff ni diambik dari blog orang puteh.Tapi ndak kesah la dari mana datangnya resepi tu..yang penting dia punya kejadian memang tidak menghampakan..puas hati banget..pastu gue kasi itu isi durian sikit dalam adunan cream...perghhh...mantop...cuba laaaa...
Durian Cream Puff
Sumber:NCC RAINBOW WEEKS
Bahan kulit puff:
1/2 cawan mentega
1 cawan air
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung serbaguna
4 biji telur
Cara membuat kulit puff:
1.Panaskan oven 200'C.
2.Masak air bersama mentega hingga mendidih.Matikan api.
3.Masukkan tepung,kacau rata.Nyalakan api,masak sampai kalis/tidak melekat .
4.Selagi hangat (jangan panas2 atau terlalu sejuk),masukkan telur satu persatu,kacau rata.
5.Masukkan adunan ke dalam bag piping yang telah diletak nozel star dihujungnya.
Paipkan bentuk bulat ke atas dulang.
6.Bakar selama 30 minit pada suhu 200'C.
7.Setelah masak,keluarkan dari oven,biarkan sejuk.Potong sikit kulit puff,kemudian paipkan
inti cream cheese durian.
7.Setelah masak,keluarkan dari oven,biarkan sejuk.Potong sikit kulit puff,kemudian paipkan
inti cream cheese durian.
Pesan:Jangan buka oven selama membakar puff,kerana boleh menyebabkan puff mendap.
Bahan Cream by Rahel Blogspot:
250g cream cheese
100g gula aising-diayak
100g isi durian-dihaluskan
100g isi durian-dihaluskan
100g non-dairy whipping cream-dipukul hingga kental
Cara membuat cream:
1.Putar cream cheese bersama gula aising sehingga licin.
2.Tambahkan isi durian,putar lagi sehingga sebati.
3.Masukkan whipping cream tadi,kaup balik hingga bercampur rata.
4.Masukkan adunan cream ke dalam bag piping.
Cara membuat cream:
1.Putar cream cheese bersama gula aising sehingga licin.
2.Tambahkan isi durian,putar lagi sehingga sebati.
3.Masukkan whipping cream tadi,kaup balik hingga bercampur rata.
4.Masukkan adunan cream ke dalam bag piping.
Selamat mencuba.
17 ulasan:
hai la sedapnya cream puff, selain durian crepe ni pun tgh musim jugak kan kat fb
tah bilalah sampai seru nak try buat ni
alahaiii mesti sedappp ni
ramai blogger indonesia buat nie..nampak sedapp:)
wahhhh rahel...sy yg tgh demam ni nampak durian puff kamu terus buntang mata hehehe...mesti sengap ni :)
waaa...sedapnyer...baru 2 hari lepas nampak chef zam pos resipi cream puff durian, tu la cadang nk buat, tp hari ni dh letih...tangguh dulu laaa
mm..nampak sedap la rahel. dah lama tak berkrim puff..ada durian lg..idea yg bagus ni.. :)
mau dong buat ngemil depan tv.ngecess lah gue lihat nya.. ;)
cantiknya cream puff rahel tu...
mengeliurkann..
Agak2 berapa biji Kak Amie boleh tapau bawa balik ke LD ye Rahel...
sooo yummy!
waduhhh Rahel..bulat2 cream puffnya...pasti sedap ni..nyummy
sedapnya Rahel boleh try lagi ni pasti lazat sngat ni kan aduiiiii
Terim kasih kakak2 n adik2 yang sudi singgah....sayang awa semua...
Rahel....pasti meletop....hehe
r
mmg banyak idea jer rahel ne..
Salam Kak..cream puff memang kegemaran ni....sedapnyaaaaaa
baru tahu cara yg betul, selalu ila buat cream puff, tunggu adunan betul2 sejuk, baru masukkan telur..patut la cream puff kurang kembang.. :-(
Catat Ulasan