Jumaat, 20 Julai 2012

Hazelnut Crunchy Bar

Selamat pagi dan selamat menyambut bulan puasa.
Pagi ni Rahel masuk blog sebentar aje sebab banyak lagi kerja-kerja yang perlu disiapkan,so memang tak cukup masa nak terjah blog kawan-kawan semua..ampun maaf dipinta.Untuk kali ni Rahel nak tayang ''Hazelnut Crunchy Bar'' yang sememangnya sedap dan pastinya kawan-kawan semua akan suka..jom kita buat cookies pulak..


Hazelnut Crunchy Bar
Sumber:Festival Biskut Raya

Bahan A:
250g mentega
2 biji kuning telur
180g gula aising
1 sudu teh esen vanila

Bahan B:
200g tepung Hong Kong
200g tepung gandum
60g tepung kastad
50g serbuk kacang hazel

Hiasan:
Coklat hitam
Serbuk roti warna oren

Cara membuat:
1.Putar bahan A hingga sebati,masukkan semua bahan B ke dalam adunan mentega dan
   gaul sebati.
2.Canai doh dan terap dengan penerap biskut,susun biskut di dalam dulang pembakar.
3.Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 150'C selama 15-20 minit.
4.Biarkan biskut sejuk.Celupkan ke dalam coklat cair dan salutkan biskut dengan serbuk
   roti oren.
Selamat mencuba..

6 ulasan:

kakbesah berkata...

selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kpd Rahel juga.. hmm, cookies lg ye, nmpk sdp & mnarik, kaya ngn kacang & coklat, peberet akk tu...hehe..

ummiaisyah berkata...

selamat berpuasa ya Rahel! sedapnya biskit tu...nk buat gak ni!

Balqis Nazid berkata...

Salam Ramadan Rahel...

wah belum raya dah dijamu mata dengan kuih yang ermmm...sedapnya..

nak sikit Rahel hi..hi..

Qasey Honey berkata...

aduyaiii geram sggh tgk biskut raya tu...QH penah mkn kuih tu..mmg sedap...slm Ramadhan buat Rahel skeluarga...rindu sma kamu...

Ayam berkata...

Salam Rahel....comelnya biskut nie...suka sangat. Apapun selamat berpuasa buat Rahel n family.

Nur-nba berkata...

Tak pernah nampak serbuk roti warna oren.. Nanti kena carilah.. TQ Kak Rahel.. Biskut2 akak semuanya memikat hatiku untuk mencuba.. :)