Selasa, 6 Disember 2011

Kuih Seri Muka Pelangi

Selamat pagi kepada semua yang sudi singgah pepagi ni..semoga sihat dan ceria selalu bersama orang yg tersayang.Rahel nak tanya pulak..dah sarapan k belum? hehehe..macam nak bagi kuih pulak.pagi ni Rahel hidang kuih seri muka pelangi utk pelengkap sarapan pagi,sedap sangat rasa dia,ni kebetulan datang mod rajin so kuih pun siap dengan  kaler full,resepinya sangat simple & mudah disediakan.







Oklah  kawan-kawan..skarang dah boleh sambung entri meletak resepi,tapi sebelumnya  Rahel nak minta izin dulu  sama Kak CT Delima kerana diam2 jalan-jalan ke dapurnya ambik resepi Kuih serimuka pelangi,tolong Kak CT,izinkan Rahel share resepinya kat sini ek...cayang Kak CT Delima..hehehe...

Kuih Seri Muka Pelangi
Sumber:Kak CT Delima

Bahan Lapisan Bawah:
2 1/2 cawan santan cair
2 cawan bersa pulut-cuci rendam 3 jam
1 sudu teh garam

Bahan Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sudu makan gula pasir
sedikit garam

pewarna kuning,merah jambu,biru (ikut suka)

Cara:
1.Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2.Masukkan semua lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
3.Apabila telah masak tekankan dalam loyang sehingga mampat.
  (alas loyang dengan plastik,agar senang nak keluarkan nanti).
4.Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
5.Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 3 mangkuk.
6.Masukkan setiap mangkuk dengan satu warna.
7.Kukus semula pulut yang telah dimampatkan.
8.Lapiskan dengan warna kuning dan kukus selama 10 minit.Buat lapisan
   seterusnya hingga habis.
9.Apabila telah habis semua adunan dikukus selama 30 minit.Sejukkan betul-
  betul baru dipotong.
10.Hidangkan untuk minum pagi atau petang.



Selamat menikmati masakan sendiri..hehehe..daaa..

18 ulasan:

Unknown berkata...

telan air liur jer lah bila masuk dapur Rahel ni..hehe

liza berkata...

fuhhh rahel....mmg menggoda betol la kaler serimuka tu...

Chah berkata...

aiseh...da jemu makan masakan sendiri...nak serimuka comey momey tu jugak! heeee

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

amboi rahel.. cantiknyer serimuka.. warna warni gitu.. mmg berseri!

Tanpa Nama berkata...

mak aih...tak tercapai dek akal..rajin sunggoh..memang cantik...kanak2 pasti menggemarinye huhuhu

Gee® berkata...

Canteknyaaa....

CT Delima berkata...

As'salam Rahel

Baru jap tadi masuk rupa2 nya kena refress baru nampak kuih yang berseri2 ni. cantik sangat kaler tu dik. nak makan kena tenung dulu baru masuk mulut. sayangnya nak potong, berseni betul Rahel ni :)

Yana Shaiful berkata...

Salam Rahel..waahhh..cantik berseri2 kuih seri muka nii..sayang nk mkn hihii

Kak Sam berkata...

Mak ai sayangnya nak makan kuih ni. cantik. memang rajin le si pembuatnya.

Acik Erna berkata...

Rahel memang suka mewarna warnikan kuih kan..begitu menggoda bila tengok gambarnya

nOOrsha berkata...

salam...aduh silau mata tgk kuih yg berwarna warni ni..cantik btol... sy yg x bape suke kuih serimuka pun jadi teringin nak mencuba :)

Wattie berkata...

Salam Rahel,
Waaa cantikla kombinasi warna serimuka pelangi Rahel. Kita tengok jerla dari jauh sbb tahu mesti dah habis kan

Azlita Aziz berkata...

Rahel cantiknya kuih seri muka ni.. memang beseri2 aje dengan warna yang lembut dan menarik!

Potongan pon cantik aje.. tak sabar nak tunggu resepi!:D

EmbunRosaliza berkata...

assalam rahel, cantiknya seri muka pelangi

cik cek berkata...

Berseri2 seindah pelangi kuih seri muka ni...dah tak larat nak tengokkkk...nak makan lakkk...ni kak cek bawak checkerboard cake....jom makan sesama...pas ni nak tunggu resepinya pulak...:)

rahel berkata...

Terima kasih banyak kepada kawan-kawan yang sudi singgah dan tinggalkan komen manis:

Sally Rashid
Liza
Chah
MaDiHaA
Chikadak biru
Gee
Kak CT Delima
Yana Shaiful
Kak Sam
Acik Erna
Noorsha
Wattie
Kak Azlita Aziz
EmbunRosaliza
Kak Cik Cek

Ummi berkata...

Assalam Rahel...amboiii cantiknya kuih seri muka dia...pelangi kuar lps ujan2 ni kan...cantiikk...rajin sungguh adinda sorang ni :)

rahel berkata...

Wsalam Kak Ummi..hehe..iyo la..pelangi keluar lepan ujan..