Selamat petang kepada sahabat Rahel yang setia melawat blog Rahel.Semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu,sudah siap buat kuihkah? Hari ni Rahel buat kek pisang yang ada puding karamelnya...nampak macam sedap sangat ni...lepas dinner nanti baru kena hidang kek pisang karamel ni..kasi posing dulu dalam blog..saja mo kasi berliur-liur kamu orang....sorry ek...kalau mo merasa kek pisang karamel ni senang sahaja buatnya.
Kek Pisang Karamel
Sumber:Sedap
Bahan Karamel:
2 1/2 sdb gula pasir
2 1/2 sdb air panas
Cara:
1.Hanguskan gula pasir hingga perang.Masukkan air panas perlahan-lahan dan kacau hingga gula larut.
Angkat dan tuang ke dalam loyang 7".Ketepikan.
Bahan Puding:
100g pisang ranum di blender dengan 200ml susu cair.
3 biji telur
1/4 st garam
40g gula pasir
1 st serbuk ky manis
1 st esen vanila
1 sdb tepung jagung
Cara:
1.Pukul telur & garam sebentar.Tambahkan gula pasir,pisang blend,serbuk ky manis,esen vanila,tepung jagung.Kacau perlahan hingga rata.
2.Kemudian tapiskan adunan ke dalam loyang yg berisi karamel tadi.Ketepikan.
Kek Pisang:
4 biji telur B
100g gula kastor
1 st emulsifier
100g tepung superfine}
1 st serbuk kayu manis},ayakkan
100ml susu cair
100g pisang,potong kecil-kecil
Cara:
1.Pukul telur,gula,emulsifier sehingga kembang dan kental selama 8-10 minit.
2.Masukkan tepung superfine berselang-seli dengan susu cair.Tambahkan esen vanila dan kacau rata.
3.Ambil 3 sdb adunan dan gaul dg potongan2 pisang.Ketepikan.
4.Tuangkan adonan no.2 ke dalam loyang yang berisi karamel tadi (adunan ini akan terapung di atas permukaan adunan puding tadi).
5.Kemudian masukkan campuran pisang tadi dan ratakan.
6.Bakar secara steam-bake pada suhu 170'C selama 1 jam guna api atas dan bawah.Setelah masak,keluarkan dr oven & biarkan sejuk.Kemudian lorekkan tepinya dengan pisau plastik.Telangkupkan ke pinggan.Siap untuk hidang.
Pesan:
Isikan dulang pembakar dengan air sehingga 3/4 penuh.Kemudian masukkan ke dlm ketuhar & letak di rak paling bawah.
Kemudian panaskan ketuhar pd suhu 170'C selama 15 minit.
Letakkan loyang yg berisi adunan kek pisang karamel tadi ke dalam dulang pembakar yg berisi air.
Kemudian bakarlah kek selama 1 jam.
Enjoi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan