Isnin, 15 Ogos 2011

Bihun Soto Ayam

Salam manis dan selamat bersiaran di tengah hari.Apa khabar kawan-kawan semua? Sihat k? Kali ni  kita hidang bihun soto ayam pulak..sedap dihirup kuahnya panas-panas..tambah sambal cili yang kaw-kaw lagi la power...jom singgah skejap..layan bihun soto ayam..zazzzz...


Bihun Soto Ayam
Sumber:Rahel


Bahan:
400g bihun,dicelur
500g ayam bahagian dada
4 liter air
1 sk serbuk pala
1 1/2 sdm serbuk ketumbar
1 1/2 sdm serbuk jintan putih
1 sdm serbuk jintan manis
1 st serbuk lada putih

3 biji bawang merah,mayang halus
1 rempah sup bunjut

Rempah tumis:
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
100ml minyak untuk menumis

Bahan kisar:
3 batang serai,ambil yg putih saja
5 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
3 inci halia

Bahan Sampingan:
daun sup secukupnya
bawang putih goreng secukupnya
bergedil kentang
sambal kicap cili padi
isi ayam siat-siat
telur rebus
limau kasturi

Cara membuat kuah soto:
1.Panaskan minyak dlm periuk.Tumis bawang merah yg dimayang tadi hingga layu.Masukkan rempah tumis dan bahan kisar.Kacau hingga naik bau & garing.

2.Masukkan serbuk ketumbar,jintan putih & jintan manis,lada putih,serbuk pala.Kacau hingga rata.

3.Masukkan air dan biarkan mendidih.Kemudian masukkan ayam,rempah sup bunjut & garam.Kacau skali-skala dan biarkan hingga mendidih selama 25 minit.

4.Keluarkan ayam yang telah empuk.Goreng sekejap dlm minyak panas barulah disiat-siat.
(Jika perlu tapis kuah ayam tadi)

Sambal kicap cili padi:
21 biji cili padi
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 sdm kicap manis ABC
1 sdm perahan limau kasturi
5 sdm air panas
sedikit garam

Cara:
1.Goreng bawang putih,cili padi & cili merah sehingga meletup.Angkat dan toskan.Tumbuk hingga halus.

2.Masukkan perahan limau,kicap,air,garam.Gaul rata.

Cara Menghidang Bihun Soto Ayam:
1.Letak bihun dlm mangkuk,kemudian beri ayam,daun sup,bwg goreng,telur rebus,bergedil,sambal cili dan kuah soto ayam.


Bergedil Kentang

Bahan:
500g kentang,dikupas,potong & goreng hingga perang,lenyek hingga halus
1 sdm bawang goreng,tumbuk halus
3 tangkai daun sup,hiris halus
1 biji telur gred A,pisahkan kuning & putihnya

Bahan dihaluskan:
3 ulas bawang putih
1/2 st lada putih biji
1/2 sk garam

Cara:
1.Campur bahan halus dan kuning telur,kacau rata.

2.Campur kentang halus,daun sup,bawang goreng halus.Masukkan bahan yg dihaluskan,kacau rata.

3.Ambil adunan 1 sdm,bulatkan lalu leperkan.Celup ke dalam putih telur & goreng sehingga kecoklatan.

Selamat menikmati Bihun Soto Ayam.

Tiada ulasan: