Selamat bersiaran kembali..apa khabar semua? harap sihat selalu.Kali ni Rahel nak share pulak hasil percubaan buat kek mousse resepi Chef Noraini..memang sedap sangat rasanya..lembut membelai lidah..nyaman je lalu kat anak tekak..
Selalunya beli di kedai jak tapi hari ni lain cerita la sebab saya yang buat keknya...boleh la saya makan dg sepuas-puasnya haa..kalau ada yang mau tumpang sekaki..silahkan proses sendiri ye sebab nda' cukup ni hihihi.. sedap2...
KEK MOUSSE KOPI
Bahan Kek Span:
120g gula kastor
10g ovalet
4 biji telur gred A
130g tepung kek/tepung superfine
1 st serbuk penaik
40g air
60g minyak masak/mentega cair
Cara:
1.Griskan acuan bulat 9".Lapis dg kertas serap minyak.Panaskan oven pada suhu 180,c.
2.Ayak tepung kek bersama serbuk penaik.
3.Satukan gula kastor,ovalet,telur & bahan A ke dlm mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
4.Perlahankan kelajuan & tuangkan air,esen vanila.Pukul lg dg kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
5.Masukkan minyak/mentega cair.Kacau sebati.Tuang ke dlm acuan,bakar selama 45 minit.
6.Setelah masak,telangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorekkan tepinya dg pisau & keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.Hiris kek span pd 2 lapisan yg sama tebal.
7.Letakkan 1 keping dlm acuan springform 9".Tuangkan 1/2 adunan mousse kopi di atasnya.Tutup dg satu lapisan kek & tuangkan lebihan mousse di atasnya.
8.Sejukkan kek selama 5 jam dlm peti sejuk.
9.Setelah keras,keluarkan dr acuan dan hiaskan.
Bahan Mousse Kopi:
250g krim putar (non-dairy whipping cream)
70g susu segar
50g gula kastor
50g air
10g gelatin halal
3 biji kuning telur
1 st serbuk nescafe
1 st emulco kopi
Cara:
1.Gelatin dan air dicairkan secara double-boiler.Ketepikan.
2.Susu segar,telur kuning,gula kastor,serbuk nescafe,emulco kopi disatukan dlm periuk.Kacau atas api yg sederhana hingga cair.Masukkan gelatin tadi & kacau sebati hingga hampir mendidih.Angkat dan sejukkan.
3.Krim putar dipukul hingga kembang dan gebu.Gaulkan ke dlm adunan kopi tadi hingga sebati.Siap untuk di tuang ke atas kek span tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan