Isnin, 4 Julai 2011

Crispy Butter Prawns

Salam penuh ceria.Semoga sentiasa dalam lindungan Nya...

Crispy Butter Prawns
Sumber:Philip Ho


Bahan:
1 kg udang sederhana besar
50g mentega atau marjerin
1/4 cawan daun kari
1 sdb cili padi cincang
minyak secukupnya utk menggoreng udang

Batter (bhn disatukan):
3 sdb tepung gandum
2 sdb tepung jagung
1 biji telur
1/2 sk gula
1/2 sk garam
100ml air

Bahan perasa:
1 sk gula

Cara:
1.Bersihkan udang.Keringkan.
2.Panaskan minyak yg banyak.Celup udang ke dalam batter & goreng dlm
   minyak panas sehingga kemerahan.
3.Dalam kuali yg lain,panaskan mentega/marjerin.Masukkan daun kari,cili padi
   tumis hingga terbit aroma.Tambahkan bhn perasa,udang goreng.
4.Kacau hingga rata.Angkat & hidang.


selamat menjamu selera.

Tiada ulasan: