Jumaat, 1 Julai 2011

Roti Berkhasiat

Selamat pagi kepada sahabat yg melawat blog Rahel pagi ini.Pagi ni saya siapkan lagi satu kuih  yang sedap berkhasiat.Membuatnya pun sangat mudah....
Roti Berkhasiat
Sumber:Buku Resepi


Bahan:
50g gula perang
1 sudu besar yis
130ml air
*satukan bahan di atas,kacau rata*

Bahan kulit:
250g tepung pau
1 sudu besar minyak jagung

Bahan inti:
25g walnut,sangai,hiris halus
25g kei chi,bilas dg air bersih,keringkan
25g kismis,bilas dg air bersih,keringkan

Cara:

1.Satukan bahan kulit dalam mangkuk.Gaul rata.Masukkan bancuhan yis.Uli rata selama 2 minit.

2.Masukkan bahan inti,uli sebentar hingga bercampur  rata.Biarkan mengembang selama 30 minit (tutup doh dg tuala/kain).

3.Ambil dan bulat2kan setiap satu 40g.Letak dalam paper cup.

4.Biarkan lagi mengembang selama 30 minit (tutup doh dg tuala/kain).

5.Panaskan air dlm pengukus sehinggamendidih.Kukus roti selama 10 minit
dengan api yang sederhana kuat.

Selamat menikmati roti berkhasiat.

4 ulasan:

cik cek berkata...

Memang berkhasiat sungguh....:)

rahel berkata...

hai kak cek...jemput makan roti berkhasiat...hehehe...

Cheq Sue berkata...

sekali tgk ni macam pau ye rahel...tapi intinya kelasssss gitew

rahel berkata...

hehe..bab guna tpg pau la...jd nampak cam pau...tapi berkhasiat,sy suka roti ni bab gebu,ringan dan lembut...makasih Cheq Sue dah singgah kat sini...