Isnin, 2 Mei 2011

Kek Milo

Selamat petang semua..harap kawan kawan semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Petang ni  Rahel merajinkan diri lagi wat kek untuk kita orang punya hidangan petang,so saja nak share gak dengan korang semua..pertama kali Rahel cuba kek Milo ni dan rasanya memang sedap..ada legit-legit gitu..tapi tak cepat muak kita makan.



Kek ni sebenarnya sangat mudah disediakan sebab bahan-bahannya pun mudah didapatkan..so jangan ketinggalan..jom kita baking lagi...

Kek Milo
Resepi:Rahel


Bahan:
250g mentega
240g gula
6 biji telur
1 st esen vanila
275g tepung naik sendiri
1/2 cawan susu cair
80g serbuk milo

Cara;
1.Panaskan oven 170'c.Griskan acuan dg mentega dan alas dg baking paper.
2.Pukul mentega bersama gula sehingga kembang,masukkan telur sebiji
   demi sebiji sambil dipukul lg.Bubuh esen vanila,tepung naik sendiri,susu,
   gaul sebati guna spatula.
3.Tuang adunan ke dalam tin berselang seli dg serbuk milo hingga empat
   lapisan.
4.Bakar adunan selama 1 jam atau sehingga masak.

Pesan:
        *ayakkan milo di permukaan tiap2 lapisan adunan.


selamat mencuba..

5 ulasan:

Nuri berkata...

Assalamualaikum.. Rahel, mana pic kek ni??? Klau tgk pic trus tergoda.. hehehe..

rahel berkata...

Nuri dah habis keknya sebelum sempat posing hehehe...len kali klu sy ada buat lg br letak pic.

Nuri berkata...

Ada pn pic dia.. Mesti sedap ni..Rahel guna gula ape ye?

rahel berkata...

Nuri,sy guna gula pasir je.Kek ni memang sedap,sy sendiri pun suka sangat dg rasa kek milo ni.Nuri cubala,tak menyesal mencuba.

Nuri berkata...

of coz nk cuba...