Jumaat, 6 Mei 2011

Cucur Labu

Salam.Apa khabar semua? Petang ni Rahel cuma buat cucur labu je,sedap juga cucur labu ni.Resepinya Rahel cedok dari buku resepi,korang pun mesti dah kenal sangat dengan chef yang satu ni,sebab rata² dah try resepinya.Rahel suka mencuba resepi² beliau sebab selalu menjadi dan kena dengan selera.So apa kata korang cuba pula resepi cucur labu ni.


 

Cucur Labu
Sumber:Buku resepi/Chef Hanieliza


Bahan:
300g labu-disagat
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
secubit garam
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda

Cara:
1.Satukan semua bahan dlm mangkuk,gaul sebati.
2.Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dlm minyak panas,goreng hingga perang.
3.Angkat.Toskan.


 
Terima kasih sudi singgah .

2 ulasan:

cik cek berkata...

Selalu wat cekodok pisang...cekodok keledek...bolehla kak cek tukar menu cekodok lak pas ni....mesti sedap ni kan ..... :)

rahel berkata...

Seedap Kak...