Jumaat, 8 April 2011

Lemon Muffin

Selamat bertemu kembali..apa khabar semuanya? harap kawan semua sihat & ceria selalu.Petang ni Rahel ada buat sikit lemon muffin untuk pelengkap menu minum petang.Resepinya mudah dan senang jer nak sediakan,orang yang baru belajar baking pun boleh buat muffin ni dan hasilnya memang sangat lembut & gebu...Rahel suka tengok permukaan muffin yang merekah dan garing sikit.

Oklah kawan-kawan,sebelum Rahel lanjutkan untuk minum petang,Rahel akan share resepi lemon muffin yang sodap ni..harap kawan2 semua suka dan berpuas hati dengan hasilnya...


Lemon Muffin
Resepi:Rahel


Bahan:
250g tepung gandum*
150ml minyak masak
150ml susu cair
150g gula pasir
3 sudu teh serbuk penaik*
1 sudu teh garam halus*
2 biji telur saiz L
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar jus lemon
parutan kulit lemon dari 1 buah lemon



Cara:
1.Panaskan ketuhar 170'c.Siapkan acuan muffin.Ayakkan bahan bertanda*.
2.Dalam mangkuk berasingan,satukan susu cair,esen vanilla,jus lemon,telur,
   minyak masak,gula dan parutan kulit lemon.Gaul rata.
3.Masukkan campuran tepung dan kaup balikkan,jangan terlebih gaul,nanti
   mufin jadi keras.
4.Sudukan ke dlm acuan muffin hingga 3/4 penuh,bakar selama 25 minit.


Selamat mencuba dan selamat menikmati...

4 ulasan:

Unknown berkata...

tak lena tido tengok mafin nih..

rahel berkata...

Sally..kalau tak lena tido baek buat muffin..dapat jugak merasa muffin yg sodap..hehe.

aima berkata...

rahel , mamcam mana nak bagi ia merekah gitu?

rahel berkata...

Aima,isi cup dekat2 penuh agar muffin merekah...