Khamis, 7 April 2011

Apam Gebu

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Hari ni pekena apam gebu lagi..warna-warni..hehe...sedap dan suka banget,sesuai sangat untuk hidangan sarapan pagi dan jugak untuk minum petang bersama keluarga dan juga  kawan-kawan.Kepada kawan-kawan yang teringin menerai apam gebu ni Rahel letak resepinya di sini.Semoga bermanfaat and selamat mencuba.

APAM GEBU

Bahan:
250g tepung gandum}
1 st baking powder},ayakkan
175g gula kastor
140ml santan pekat
1 st ovallet
1 st esen vanila
3 biji telur B
sedikit pewarna (pilihan)

Cara:

1.Pukul telur,gula kastor,ovalet sehingga kental selama 10 minit.

2.Masukkan esen vanila.Gaul rata.

3.Kemudian masukkan tepung berselang-seli dengan santan.Gaul rata.

4.Warnakan adunan.

5.Sudukan ke dalam acuan apam 80% penuh.Kukus selama 15 minit dengan api sedang




4 ulasan:

REEN KHAN SHARIFF berkata...

memang betul2 gebusss.. cantek2 warna2nya

rahel berkata...

Hehehe...gebus kan..

Tanpa Nama berkata...

mne resepi kak

rahel berkata...

cuba tengok kat bawah pic apam gebu tu...Rahel ada letak tempat resepinya.