Rabu, 20 Jun 2012

Roti Sosej Pintal

Selamat petang dan selamat bersiaran kembali.Apa khabar semuanya? sihatkah? Kalau dah selalu buat roti makananya mod menguli sudah mari..jadi jangan heran kalau hari-hari gue tayang roti..sebaik-baiknya joinlah Rahel menguli doh...ahakss.



 

Bahan:

Untuk doh roti :

Bun Sosej
Sumber:Rahel

Bahan A:
240g tepung roti
60g tepung red rose
50g gula kastor
5g garam
10g susu tepung
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh pemantap roti
1/2 sudu teh pelembut roti

Bahan B:(disatukan,kacau rata)
1 biji telur C
150g air sejuk

Bahan C:
30g unsalted butter

Bahan D:
1/2 sudu kecil minyak jagung

Sapuan telur:(disatukan & kacau rata)
1 biji telur C
50ml air

Sosej secukupnya
Sedikit bijan
Sedikit mentega

Cara:

1.Masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar,kecuali garam.Kacau rata hingga mesra.Masukkan pula garam,kacau lagi sehingga sebati.

2.Masukkan telur+air perlahan-lahan sambil diuli hingga sebati.Masukkan pula mentega perlahan-lahan (3x) sambil diuli hingga rata.Teruskan menguli doh selama 50-60 minit untuk mendapatkan doh yang betul-betul kenyal.Masukkan pula minyak jagung,uli rata.

3.Biarkan doh mengembang selama 45-60minit.Setelah kembang,sapu tangan dengan sedikit minyak dan tekan-tekan doh untuk keluarkan angin.Bulatkan doh kembali.Rehatkan lagi 15 minit.



*Sentiasa sapu tangan dengan sedikit minyak/tepung jika doh melekat pada tangan.

*Doh harus diuli hingga betul-betul kenyal untuk mendapatkan bun yang enak dan sentiasa lembut walau pun disimpan dalam bekas kedap udara selama 2-3 hari.

*Jika terdapat gelembung2 udara semasa mencanai doh tekan2 dengan telapak jari utk keluarkan angin.



10 batang sosej
Sedikit daun bawang kering
Sedikit mentega

Egg Wash:(satukan dan kacau rata)
1 biji telur C
50ml air

Cara membuat Roti Sosej Pintal:

1.Setelah doh diuli hingga kenyal.Timbang doh 50g setiap satu dan bulatkan.   (lihat gambar di bawah)


2.Canai doh bentuk bujur dan letak 1 batang sosej di atasnya.(lihat gambar di bawah)


3.Hiris bahagian tepi kiri dan kanan doh (lihat dalam gambar di bawah ).

4.Mulakan memintal dengan mengambil hirisan doh sebelah kanan diikuti doh sebelah kiri.  (lihat gambar di bawah)

5.Pintal kemas-kemas,sebelum sampai ke penghujung,pintal doh yang paling hujung (seperti  pd gambar di bawah ni) dan last sekali pintal hirisan doh no 2 dari hujung dengan kemas.(cubit-cubitkan hujung doh agar tidak terlepas ketika mengembang).


6.Biarkan doh mengembang selama 50-60 minit.Setelah mengembang sapukan egg wash di permukaan doh dan taburkan daun bawang kering.(seperti pada gambar di bawah ini).Bakar Roti Sosej Pintal pada suhu 160'C selama 25 minit atau sesuai suhu oven masing2.

7.Setelah masak,segera keluarkan dari oven dan terus sapu permukaan roti dengan mentega.Hidangkan bersama minuman kegemaran anda.


Selamat mencuba.

Selasa, 19 Jun 2012

Roti Mentega Kacang

Selamat pagi dan selamat bersiaran kembali..semoga semuanya dalam keadaan yang baik.Untuk sarapan pagi ni Rahel cuma hidang roti mentega kacang bersama secangkir teh o yang hangat..emm sedap sangat..


Roti Mentega Kacang
Sumber:Rahel

Bahan doh roti:

Bun Sosej
Sumber:Rahel

Bahan A:
240g tepung roti
60g tepung red rose
50g gula kastor
5g garam
10g susu tepung
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh pemantap roti
1/2 sudu teh pelembut roti

Bahan B:(disatukan,kacau rata)
1 biji telur C
150g air sejuk

Bahan C:
30g unsalted butter

Bahan D:
1/2 sudu kecil minyak jagung

Sapuan telur:(disatukan & kacau rata)
1 biji telur C
50ml air

Sosej secukupnya
Sedikit bijan
Sedikit mentega

Cara:

1.Masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar,kecuali garam.Kacau rata hingga mesra.Masukkan pula garam,kacau lagi sehingga sebati.

2.Masukkan telur+air perlahan-lahan sambil diuli hingga sebati.Masukkan pula mentega perlahan-lahan (3x) sambil diuli hingga rata.Teruskan menguli doh selama 50-60 minit untuk mendapatkan doh yang betul-betul kenyal.Masukkan pula minyak jagung,uli rata.

3.Biarkan doh mengembang selama 45-60minit.Setelah kembang,sapu tangan dengan sedikit minyak dan tekan-tekan doh untuk keluarkan angin.Bulatkan doh kembali.Rehatkan lagi 15 minit.


*Sentiasa sapu tangan dengan sedikit minyak/tepung jika doh melekat pada tangan.

*Doh harus diuli hingga betul-betul kenyal untuk mendapatkan bun yang enak dan sentiasa lembut walau pun disimpan dalam bekas kedap udara selama 2-3 hari.

*Jika terdapat gelembung2 udara semasa mencanai doh tekan2 dengan telapak jari utk keluarkan angin.

Mentega kacang secukupnya
Sedikit daun bawang kering untuk tabur
Sedikit mentega

Sapuan telur:(satukan dan kacau rata)
1 biji telur C
50ml air

Cara-cara:

1.Bila doh sudah kembang selama 50-60 minit,tekan2 doh untuk keluarkan angin,kemudian bulatkan  kembali dan rehatkan selama 10-15minit.timbang 60g setiap satu.Kemudian bulatkan kembali (lihat gambar di bawah).



2.Leperkan doh dan letakkan 1 sudu kecil mentega kacang di tengah-tengah seperti gambar di bawah ini👇
3.Bulatkan kembali doh yang sudah diberi inti mentega kacang tadi (lihat gambar di bawah)

4.Canai doh tadi hingga agak memangjang,kemudian hiris-hiris bahagian tengahnya.(lihat gambar di bawah).

5.Guna ke dua-dua tangan,ambil doh yang sudah dihiris dan tarik sedikit hujungnya hingga agak panjang dan dan pusingkan macam kalau kita perah kain (lihat gambar di bawah).


6.Cantumkan hujungnya dengan cara mengikat hujung doh (lihat gambar di bawah).Kemudian biarkan doh kembang selama 50-60 minit.Jika sudah kembang,sapu permukaan roti dengan telur+air dan taburkan daun bawang kering.


7.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C dan bakar roti mentega kacang selama 20 minit.Setelah masak,keluarkan dari oven dan terus sapu permukaan roti dengan mentega.  (masa untuk membakar roti tergantung pada suhu oven masing-masing dan begitu juga   dengan hasilnya sesuai dengan oven masing-masing).


Selamat menikmati Roti Mentega Kacang.

Isnin, 18 Jun 2012

Strawberry Checkered Cake

Selamat pagi dan salam manis kepada semua yang setia melawat dapur Rahel.Diharap semuanya sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga terchinta.Kali ni Rahel nak tayang pulak kek strawberry yang dah siap berapa hari lalu,tapi kena mohon maaf ler sebab kita tak dapat tunjuk cara-cara menyediakan strawberry checkered cake..faham-faham la..time tu kena kejar masa..jadi tak perduli tangkap gambar,tapi pasti akan ditunjuk jugak suatu hari nanti..tunggu masa yang sesuai la kan..skarang ni time untuk jamu mata sahaja.


Oh ya,mungkin ada kawan-kawan yang nak try kek strawberry ni..memang lembut jer tekstur kek ni dan boleh la dilapis dengan krim dan buah-buahan..kalau rajin nak buat bentuk dam lagi bagus..tapi kali ni memang Rahel letak sikit je potongan buah kiwi di celah-celah krim..sedap sangat..memang serasi la..len kali nak letak banyak buah..biar bertambah sedap gitu..





k la tu,jom kita tengok pulak resepi untuk kek span strawberry.

Kek Span Strawberry


Bahan:
120g tepung superfine
90g gula kastor
55ml minyak jagung
30ml santan/air
3 biji telur L
1/2 sudu besar ovalet
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco strawberry

Cara:

1.Panaskan oven pada suhu 170'C.Sediakan loyang 7''/8''.

2.Gula,tepung superfine,ovalet,telur dan santan/air dipukul hingga pekat dan gebu selama 8-10 minit.Perlahankan mixer,masukkan emulco strawberry,pukul rata sebentar.Masukkan minyak,gaul rata.

3.Tuang ke dalam loyang.Bakar kek selama 45 minit.Setelah masak keluarkan dari oven dan terlangkupkan selama 5 minit,kemudian terbalikkan semula dan biarkan sejuk.Potong kek kepada dua atau tiga lapisan.Sapu dengan krim dan potongan buah-buahan.


Selamat menikmati.

Khamis, 14 Jun 2012

Chocolate Brownies

Selamat pagi kepada semua yang setia melawat dapur Rahel pagi ini..semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga terchinta.Pagi ni gue hidang Brownies Chocolate tanpa telur bersama teh o hangat..perghh enak banget..dah la moist lembut pulak tu..siok lah.



Sebenarnya kan..semalam tetiba terpandang brownies kat dapur Yana Shaiful,setelah dibaca bahan-bahannya memang tersangatlah simple..dan kebetulan dah lama jugak gue tak buat brownies,tanpa membuang masa malam-malam selongkar dapur cari bahan-bahan..sambil on line sambil bakar brownies..betul-betul senang punya kerja kan..
Ok la,kepada yang berminat untuk menerai brownies coklat tanpa telor ni dipersilahkan,memang tak rugi punya,banyak sedap wo.Terima kasih kepada Yana Shaiful kerana mengwar-warkan chocolate brownies yang mantap ni..jom kita tengok pulak resepinya.

Chocolate Brownies (tanpa telur)

Sumber:Yana Shaiful & Nuwairani

Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/8 sudu kecil garam halus
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan serbuk koko

Bahan B:
1 cawan susu cair
2 sudu besar susu manis
1/4 cawan mentega cair/minyak sayur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C:
Kekacang atau choc chip untuk tabur

Cara:
1.Ayak bahan A dalam sebuah mangkuk.

2.Satukan bahan B dalam mangkuk berasingan.

3.Masukkan A ke dalam B dan kacau perlahan hingga sebati.

4.Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu mentega dan dialas dengan kertas.Tabur kekacang atau choc chip rata-rata.Bakar pada suhu 160'C selama 25-30 minit.

5.Adunan brownies ini juga sesuai dibakar di dalam cawan kertas,isikan adunan hingga 3/4 cawan kertas.Bakar selama 20 minit.


Selamat menikmati Brownies Chocolate tanpa telur.