Jumaat, 5 Julai 2019

Egg Tarts Hong Kong Style

Salam๐Ÿ˜˜
Agaknya ada yang setia menunggu resepi dari semalam kan? Semalam saya ada post gambar egg tart di fb dan cakap "kalau menjadi kita share resepi kalau tak menjadi kita diam2 makan"๐Ÿ˜€

Jelas gambar ni bukan egg tart yang semalam tu๐Ÿ˜‚sebab yang semalam tu makcik tersenggol bucu meja tempat oven duduk,apalagiiii tertumpah filling tart tu ke dulang...meleleh habis o ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃsedih pun ada pembaziran pun ada juga.

Ok la,Egg Tart Hong Kong ni saya buat balik hari ni sebab lama sudah dapat resepi jadi tidak sah kalau tidak dibuat.Hasilnya boleh tahan tapi kelamaan berjaga depan oven mungkin sebab bancuhan filling tu agak cair dan takda letak tepung kastard so egg filling lambat set.Saya buat separuh adunan ja,dapat la 11 ketul egg tart saiz 7cm.Hasilnya macam yang korang nampak dalam gambar ni ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡


Egg Tarts Hong Kong Style
Resepi by: Agnes Chang
Sumber:Yum Yum 2016

Bahan Pastry:(22pcs saiz 7cm)
250g Butter
100g gula icing
2 biji telur
1/2 st esen vanila
500g tepung gandum

Cara membuat pastry:
1.Pukul butter dengan gula icing sehingga sebati.Masukkan telur & esen vanila.Pukul sehingga bercampur rata.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh.Rehatkan doh selama 30 minit dalam peti sejuk.

3.Tekankan doh ke dalam acuan tart.Bakar tart selama 30 minit pada suhu 170°C.

4.Setelah tart masak,keluarkan dari oven.Ketepikan dahulu sambil tu kita bancuh filling pulak.

Nota:
Resepi asal tak perlu bakar kulit tart terlebih dahulu.Cuma saya ja yang pandai2 bakar kulit tart terlebih dahulu.Sebaiknya lepas tekan doh ke dalam acuan dah boleh tuang filling then terus bakar.

FILLING:
130g Gula Pasir/gula caster
300ml air panas/mendidih
4 biji telur
150ml full cream milk
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Bancuh gula dengan air panas sehingga gula larut.Ketepikan sehingga air gula sejuk.

2.Pukul manja telur,masukkan air gula,full cream milk,esen vanila dan gaul mesra.Tapis bancuhan telur supaya tidak berbuih.

3.Sediakan kulit tart (jangan tanggalkan dari acuan)kemudian tuang bancuhan telur sehingga 90% penuh.

4.Bakar dalam oven pada suhu 180°C sehingga masak.(yg ni kita kena berjaga depan oven la๐Ÿ˜€)

5.Untuk pastikan egg tart da masak,ambik cucuk gigi then cucuk la,kalau lidi yg keluar tu bersih maknanya tart kita dah masak.

6.Keluarkan egg tart dari oven.Biarkan sejuk baru kita tanggalkan dari acuan.Letaklah dalam paper cup dan hidang.

Selamat mencuba.

NOTA:
Egg Tart kena betul2 sejuk baru sedap dan texture pun elok.Tart ni saya bakar guna api atas dan api bawah.Suhu oven saya 160°C then bakar lebih kurang 40 minit.Cara saya cek egg tart  ialah ketuk2 manja acuan tart,bila permukaan tart sudah tidak bergoyang maknanya tart dah ready untuk keluar dari oven.Biarkan hingga agak2 suam kemudian telangkupkan acuan untuk keluarkan egg tart then bagi betul2 sejuk baru makan.


Terima kasih sudi singgah membaca ๐Ÿ˜



Tiada ulasan: