Jumaat, 2 Jun 2017

Rendang Ayam & Onde-onde Pulut Hitam

Salam sejahtera diucapkan khasnya kepada semua pembaca blog ini.Semoga sentiasa dalam rahmatNya.Amin.Sudah berapa hari puasa,tapi baru berkesempatan upload menu berbuka puasa hari pertama.Sempatlah juga masak sikit lauk dengan berpandukan buku resepi...hehehe.Biasa kalau takda buku resepi,boleh jadi bingung mo masak apa kan?,tapi kalau ada..ya senang ja,tinggal pilih menu kesukaan.

Hari pertama puasa Rahel pilih untuk masak Rendang Ayam.Bahannya mudah dan senang dimasak.Sedap pulak tu.Nampaknya dalam bulan puasa ni saya pulun resepi Chef Hanieliza.Senang dan sedap.



RENDANG AYAM
Resepi by Chef Hanieliza (Buku Resepi Senangnya memasak Ayam)

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibuang kulit dan dipotong kecil)
3 labu bawang besar}
5 ulas bawang putih}
5 batang serai}
1 inci halia}------------------------> dikisar
1 inci lengkuas}
1 inci kunyit hidup}
15 tangkai cili kering}
15 biji cili api}
2 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit (Rahel guna daun limau purut sebab takda daun kunyit)
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.
2.Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya sebati.
3.Kacau sehingga sebati.Apabila sudah pekat,tutup api dan angkat.
4.Sedia dihidangkan.

Pesan dari Rahel:
1.Panaskan minyak secukupnya.Tumis bahan kisar hingga naik minyak.
2.Masukkan ayam,santan,kerisik,daun kunyit/limau purut.Perasakan dengan garam.
3.Rahel letak 1/4 cawan gula kabung.


Time berbuka puasa memang terasa kurang lengkap kalau takda kuih muih kan,so Rahel buat la juga onde-onde pulut hitam.Tahun yang lalu2 Rahel kadang beli kuih di bazar,sampai boleh beli berapa jenis kuih.Suka betul.Tapi tahun ni dah janji akan buat sendiri di rumah,tak pegi bazar lagi.


ONDE-ONDE PULUT HITAM

Resepi by Rahel

Bahan-bahan:
  50g tepung pulut hitam
100g tepung pulut putih
125ml air + secubit garam

Gula Melaka secukupnya untuk inti,dikikis
150g kelapa parut putih 

Cara membuat:
1.Sediakan tepung pulut dalam mangkuk,tuang air sedikit2 sambil diuli jadi doh.
2.Bahagikan doh kepada 15 bahagian atau sesuai selera anda.Beri inti gula Melaka.Bulatkan.
3.Sediakan air 1 liter dalam periuk,masak hingga mendidih.Masukkan bebola dan biar masak
   hingga terapung.Angkat dan toskan.Segera golekkan di atas kelapa parut.
4.Sedia dihidang.


Selamat mencuba.Terima kasih sudi membaca.


Tiada ulasan: