Jumaat, 15 Ogos 2014

Pecan Butterscotch Cake

Salam penuh ceria...


KEK SPAN VANILA

Loyang 8''

120gm gula kastor*
10gm ovalette*
4 biji telur gred A*
130gm tepung kek/tepung superfine*
1 sudu teh serbuk penaik*
40ml air
60gm minyak masak atau mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170C.Siapkan 2 loyang bulat 8",griskan dengan mentega dan alas dasar acuan dengan baking paper.

2.Satukan bahan bertanda* dalam mangkuk sederhana besar.Menggunakan pemukul elektrik putar sehingga kembang dan gebu.Masukkan esen vanilla dan air.Putar lagi sehingga sebati dan masukkan minyak.Gaulkan hingga sebati.

3.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 30-35 minit.Bila dah masak,telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap.Terbalikkan semula dan lorekkan tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.Kek dibahagi 2.


KACANG KARAMEL
Sumber resepi:Azlita Masam Manis 

1 cawan kacang pecan
1/2 cawan kacang hazelnut
80gm gula perang
2 sudu besar madu

Cara:
Kedua-dua kacang dipanggan terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170'C selama 15 minit.
Masukkan gula perang ke dalam periuk
Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api sederhana
Jangan sampai gula hangus.Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin.
Kemudian masukkan kacang yang telah dipanggang tadi.
Gaul rata dengan segera.
Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper.
Biarkan ia sejuk dan mengeras.Bila kacang telah sejuk dan keras,cincang sedikit.Ketepikan.

CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING

Bahan2:
340g mentega tanpa garam
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan whipping cream/heavy cream/thick cream
1/2 sudu kecil garam
580gm cream cheese-dilembutkan
1/2 cawan gula icing-diayak
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
Mula2 kita sediakan butterscotch terlebih dahulu.
Ambil 1/3 daripada mentega dan masukkan ke dalam periuk kecil.
Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair.
Kemudian masukkan gula perang.Masak hingga gula melarut.
Selepas itu masukkan garam dan whipping cream.
Kacau hingga ia licin dan berkilat.
Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya.

Dalam bekas mixer pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim.

Tambahkan butter yang selebihnya tadi (butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.

Terus putar hingga adunan lembut,licin dan berkrim.

Masukkan cream cheese butterscotch frosting ke dalam piping bag,ini bertujuan untuk memudahkan kita meratakan cream atas kek kita nanti.

Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit.

BUTTERSCOTCH SAUCE

Bahan:
2/3 cawan gula perang
6 sudu besar mentega-potong kecil
1/2 cawan corn syrup
secubit garam
1/2 cawan heavy cream/whipping cream

Cara:
Masukkan gula perang,mentega,corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api sederhana
sehingga gula melarut.Tambahkan heavy cream.Masak hingga pekat.Sejukkan.

Sekarang bolehlah kita mulakan proses melepa kek.
(untuk gambar steb by step boleh tengok dalam blog masakan kak Azlita)

PENYELESAIAN

Ambil sekeping kek daripada kek yang kita telah potong tadi.
Letakkan atas lapik kek
Kemudian letakkan butterscotch sauce
Ratakan pada keseluruhan permukaan kek kita tu tadi.
Kemudian ambil kacang karamel yang telah kita cincang2 tadi.
Taburkan atas permukaan kek kita itu.
Jangan letak banyak sangat tau,nanti susah nak potong kek pulak.
Letak sekadar rata sahaja.

Selepas itu,dengan menggunakan piping bag yg kita telah isikan cream cheese butterscotch frosting tadi
dan mulalah lingkarkan atas kek kita.Ratakan.

Ambil sekeping lagi kek,lapisan kek yg ke 2.Sapukan dg butterscotch sauce,kemudian terlangkupkan
atas krim tadi.(yg ni Rahel buat 3x sebab ada 4 lapis kek span)
Ini bermakna,lapisan kek yg kedua diletakkan butterscotch pd kedua2 belah.
Akhir sekali kita salutkan atau lepa kek kita tdi dengan lebihan cream cheese butterscotch frosting.
Simpan dalam peti ais hingga cream cheese mengeras.
Kemudian bolehlah deco kek mengikut kreativiti masing-masing.

Hiaslah kek dengan kacang karamel yg telah dicincang. (yg ni Rahel abaikan)
Tuangkan juga butterscotch sauce

*Jika butterscotch cair,panaskan semula dan tambahkan sedikit coklat masakan putih untuk memekatkannya.
Tunggu ia benar2 sejuk baru tuang atas kek.

*Kalau tak suka manis boleh kurangkan lagi sukatan gula terutamanya pada resepi cream cheese butterscotch sauce.

*Kalau nak kek nampak kemas,curah white chocolate ganache terlebih dahulu baru tuangkan
  butterscotch sauce di atasnya.



Selamat mencuba.

4 ulasan:

Unknown berkata...

assalam rahel, aduss banyaknya bahan2 ni macam susah je kan, tapi teringinlah nak makannn rahel camna ni

Sweet red cherry berkata...

serius menggoda betul kek tu rahel..adei, menahan liur saja ni meninguk..^_^

penselkayu berkata...

Thank you kak rahel =)
Sedap niiii
Tgh bake niii.huhu

Unknown berkata...

Tq rahel for sharing ..