UNTUK TEMPAHAN KEK,PAVLOVA,CHEESE TART,MELTY HERSHEY,KULIT TAT SILA DAIL 012-8015195







Selasa, 31 Mei 2011

Kek Span Coklat


Selamat sejahtera dan selamat bertemu kembali..sedang buat ape tu? macam sunyi jak..ehehe..hari ni kena lagi dengan potongan kek span coklat,udah nda' ,so hari ni merajinkan diri lagi untuk membaking rindu sangat dengan kek yang lembut dan gebu ni,makan begitu saja tanpa topping,kalau terlebih rajin dapat jugak dikasi selimut dengan aising atau krim pekat,tapi nda' apa-apa jugak kalau nda' berselimut sebab memang sudah sedap pun..




Bah,ok la kawan-kawan,nanti Rahel share jak resepinya di sini ya..dapatlah kamu menengok jugak..jom baca resepinya..


Chef Noraini Zakaria
(google)

















Kek Span Coklat
Resepi:Noraini Zakaria



Bahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila


Cara:
1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.

2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama
   5 minit.

3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan
   lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.

4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.


Enjoii..

3 ulasan:

Zainab Salleh berkata...

Alhamdulillah...tkasih kerana berkongsi resepi yg sedap dan mudah sekali...semuga anda terus berjaya didlm bidang ini, insyaallah...

rahel berkata...

Sama-sama Zainab.

Fatimah berkata...

Rahel boleh tanya tak untuk kek ini perlu guna acuan saiz berapa ya, terima kasih....