Isnin, 11 April 2011

Kek Tiramisu

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali..semoga kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Siapa yang tahan dengan godaan tiramisu yang sedap lemak berkrim ni..halus membelai lidah..nyamannn..hehehe..
Sebelumnya ada jugak buat tiramisu tapi yang saiz kecik je bukan macam dalam gambar ni,tapi memang ada beza la sebab yang ni kena lapis ngan kek span dan guna serbuk gelatin.
Bah,ok lah kawan-kawan,kalau ada yang teringin mencuba kek tiramisu ni..Rahel sertakan aje resepinya kat sini ek,tapi walau macam mana pun,kena berterima kasih gak kepada tuan empunya resepi kek tiramisu yang sedap ni yaitu Chef Noraini Zakaria..jom layan dulu..resepinya..

Chef Noraini Zakaria
(google)


Kek Tiramisu
Resepi:Chef Noraini Zakaria


Bahan untuk kek span kopi:
120g gula kastor
10g ovallet
4 biji telur A
130g tepung kek/tepung superfine
1 st serbuk penaik
40ml air
60g minyak masak atau mentega cair
1 st esen kopi

Cara:
1.satukan semua bahan,kecuali air,esen kopi,minyak,putar hingga gebu dan
   masukkan air bercampur esen vanila,putar lg dan gaulkan minyak hingga
   sebati.

2.griskan acuan bulat 8" dan lapik dg kertas serap minyak.tuangkan adunan
   hingga rata.bakar dlm ketuhar selama 45 minit pd suhu 180'c.

3.setelah masak telangkupkan selama 5 minit agar kek tdk mendap.terbalik-
   kan semula dan lorek tepinya dg pisau & keluarkan kek.biarkan ia sejuk.
   belah kek span pada dua lapisan.ketepikan.

Bahan untuk isian keju:
250g keju krim philadelphia-biarkan pd suhu ruang
120g gula kastor
150g yogurt perisa asli
200g krim putar
20g gelatin halal
80ml air

Bahan untuk sirap kopi:
1 sudu besar serbuk nescafe+sedikit pes kopi
3 sudu besar gula kastor
1/4 cawan air panas

Cara membuat kek tiramisu:

1.krim putar dipukul hingga kembang dan kental.simpan dlm peti sejuk.

2.krim keju & gula kastor dipukul hingga lembut,masukkan yogurt &
   pukul lg sehingga sebati.

3.panaskan gelatin dan air hingga cair,setelah sejuk,campurkan gelatin ke
   dlm adunan keju tadi,putar sebati & masukkan krim putar,kacau sebati.

4.ambil selapis kek span tadi dan letakkan ke dlm tin bulat 8" yg boleh di
   tanggalkan bawahnya.renjiskan sirap kopi atas kek supaya ia lembap.
   kemudian tuangkan 1/2 adunan krim keju,ratakan krim keju di tepi kek.

5.letakkan lapisan ke dua dan renjiskan sirap kopi atas lapisan ini.tuangkan
   lebihan krim keju hingga menutupi bahagian tepi kek.simpan dlm peti
   sejuk selama 5 jam.

6.utk hiasan,taburkan serbuk koko di atas kek menggunakan penapis kopi yg
   kecil.

Pesan:
*Pada lapisan ke dua Rahel potong-potong kek sebesar biskut lady fingers,
  kemudian susun dan jarakkan (perhatikan dalam gambar,kek tak nampak
  berlapis tapi tampak potongan kek yang kecil kan...).


Enjoiii...

6 ulasan:

biey berkata...

lau gna kju biasa blh tak ..??krim putar tu whiping cream eqk?

rahel berkata...

Biey,bole je guna keju brand lain,tapi mesti guna krim keju,sebab klu bukan guna krim keju dia takkan jadi tiramisu.
krim putar=whipping cream..thanks.

Tanpa Nama berkata...

kenapa saye gune whipping cream dia xkembang?
whpping cream yg camne harus digune utk membuat kek?
ade berape jenis whipping cream??

rahel berkata...

berapa minit awak putarkan whipping cream tu? dalam adunan kek tiramisu ni saya guna dairy whipping cream.

Tinie berkata...

Rahel whipping cream jenama apa ye yg kamu guna?

rahel berkata...

Jenama rich.