Selasa, 12 April 2011

Bahulu Mekar

Selamat bersiaran kembali..apa khabar semua? harap kawan-kawan semua sihat.Pepagi lagi dah siap buat bahulu mekar..mudah sangat disediakan,tak macam yg lain tu...yang ni kena pukul  semua skali so itu  yang buatkan kita jimat masa dan yg penting sedap je bahulu ni digandingkan dengan milo panas/kopi panas..sebiji skali ngap jew..


Oklah,utk cerita selanjutnya..kita tinjau-tinjau dulu resepi Bahulu mekar setaman kat bawah tu..harap kawan-kawan semua suka dan berpuas hati dengan hasilnya.

Bahulu Mekar


Bahan;
240g tepung gandum
180g gula pasir
3 biji telur
150ml minuman bersoda (sprite)-bukan dari peti sejuk
1 st ovalet
1 st esen vanila
sedikit pewarna hijau & merah

Cara:
1.panaskan air dlm periuk utk mengukus bahulu.siapkan acuan dan alas dg
   kertas cawan.
2.campurkan semua bahan,kecuali pewarna.pukul dg mixer pd kelajuan no 3
   sehingga kembang dan pekat selama 10 minit.
3.ambil sedikit adunan & beri warna.
4.sudukan adunan warna asal ke dlm acuan & beri sedikit adunan berwarna
   di atasnya (isi acuan penuh).
5.kukus dg api yg kuat selama 10 minit dan jangan lupa lapik tudung periuk
   dg tuala bersih agar bahulu tak terkena wap.
6.selama mengukus bahulu jgn buka tudung periuk.

   pesan: bila selesai memukul adunan segera sudukan ke dlm acuan dan
              kukus segera agar bahulu mekar.
              jika ingin mendapatkan bahulu yg lembut gantikan tepung gandum
              dg tepung superfine/tepung kek/tepung istimewa.


Selamat mencuba...

Tiada ulasan: