Khamis, 17 April 2014

Pancake Mudah

Salam penuh ceria...


Pancake Mudah
Sumber:Miss_ShaSha,MyR

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
1 cawan susu segar
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar minyak

Cara-cara:
1.Satukan tepung gandumdan baking powder.
2.Asingkan kuning dan putih telur.Pukul putih telur sehingga kembang dan putih.
   Dalam bekas lain,campur kuning telur,gula dan susu segar.Kacau sebati.
3.Masukkan minyak dan susu tadi dalam no.1.Kacau hingga sebati,kemudian masukkan
   putih telur dan kacau secara kaup balik.
4.Sedia untuk dimasak atas api sederhana.

tip:
Anda boleh menambah buah blueberry atau coklat chip dalam adunan.

atu

Selamat mencuba.

Ahad, 6 April 2014

3 Tahun Sudah Rahel Blogspot

Salam ceria selalu...terima kasih sudi follow dapur Rahel...


Red Velvet Cup Cake
Sumber Buku Resepi

Bahan kek:
200g tepung gandum}
1 1/2 tsp soda bikarbonat}~~~diayak
3 tbsp serbuk koko}
175g mentega
200g gula kaster
2 biji telur gred A
150ml buttermilk
1 tsp vanila esen
2 tbsp red liquid food colouring

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170'C.Sediakan cawan kek.
2.Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
3.Tambahkan telur satu persatu dan putar rata.
4.Tambahkan buttermilk,vanila esen & food colouring.Pukul sebati.
5.Akhir sekali masukkan bahan diayak (tpg,soda,koko).Gaul rata.
6.Isi 1/2 cup.Bakar selama 20-25 minit.Setelah kek masak,sejukkan dahulu barulah diberi
   cream cheese frosting.

Cream Cheese Frosting
Resepi dari Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
250g cream cheese~biar lembut pada suhu ruang
60g gula icing~diayak
150g Fresh Cream
1 tsp esen vanila atau 1 tbsp jus lemon

Cara membuat frosting:
Pukul cream cheese bersama gula icing & esen vanila/jus lemon sehingga licin.
Tambahkan fresh cream,teruskan pukul sehingga pekat.
Masukkan dalam bag piping dan paipkan ke atas cup cake.



Enjoii

Sabtu, 22 Mac 2014

Tat Nanas

Salam ceria selalu kepada semua pelawat dapur Rahel....

Hermmm...macam suasana raya pula,tiba2 muncul dengan tat nanas.Masa kemas2 bahan dalam esbok ternampak sepeket inti nanas yg belum terusik,jadi time ada masa lapang sempatkan diri la menggentel inti nanas sebab sudah terbayang-bayang akan keenakan tat nanas gulung minyak sapi,memang nda' sabar sudah  n semangat betul menguli doh...masa picit doh guna acuan tat gulung jari2 pun begegar memicit tapi punya la keras...degilnya doh ni...tak mau pula dibentuk jd tat gulung...sikit lagi cik tong yang dapat tapi bila diingat2 akan bahan2 yg ada dlm doh tu memang boleh tahan harganya maka nda' jadi la dihumban ke cik tong..akhirnya gue ambil keputusan tuk buat tat bulat comel...besar2 lagi tu.Sedapnya di makan...siok la.Tak mau cakap apa2 bab dia punya rasa n texture...nanti kalau teman2 sudah buat ni tat baru sendiri bagi pendapat ya....


Tat Nanas (Tat Gulung Minyak Sapi)
Sumber:Kompilasi Tat & Brownies/Salhah Bujang

Bahan-bahan:
250g tepung gandum
100g mentega~sy guna Anchor Salted butter
100g minyak sapi
80g gula kastor
80g tepung biskut marie~dikisar halus~ayak
1 biji kuning telur

Bahan lain:
Inti nenas secukupnya
Serbuk roti/coklat urai berwarna~saya tak letak pun

Cara membuat:
1.Putar mentega,minyak sapi,gula kastor dan kuning telur sehingga lembut.
2.Masukkan tepung gandum dan biskut sedikit-sedikit dan diuli lembut.
   Rehatkan doh sekejap.
3.Kemudian masukkan doh ke dalam acuan tat.Letak inti nenas di tengahnya dan gulung.
4.Sapu kuning telur dan tabur serbuk roti atau coklat urai berwarna-warni.
5.Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit pada suhu 170'C selama 20 minit pada suhu 180'C.

Nota:
Rahel buat tat bulat macam dalam gambar.


Enjoiii.......