Selasa, 14 Jun 2011

Udang Mentega

Salam manis kepada semua yang singgah kat dapur ni..semoga sihat & ceria.Kali ni nak share pulak satu menu kegemaran ramai..senang dan simple jew bahan-bahannya...kalau nak sediakan pun lagilah mudah banget.


Oklah kawan-kawan..seperti biasa..sebelum rehat..Rahel akan kongsi resepi udang mentega kat sini..boleh jadi rujukan Rahel dan juga kepada kawan2 yang tercari-cari resepi udang mentega...jom kita lihat dulu apa bhn2 yang diperlukan untuk memasak udang mentega ni..

Udang Mentega
Resepi:Rahel


Bahan:
300g udang
150g mentega/marjerin
3 biji kuning telur,dikacau sedikit
2 sudu besar minyak masak
5 biji cili padi,potong2
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk cili
1/4 cawan susu cair
1 tangkai daun kari
1 sdm gula

Cara:
1.Panaskan kuali dan cairkan mentega bersama sedikit minyak masak.
2.Letakkan  telur di dalam mangkuk/cawan yang bermuncung supaya
   senang nak tuang & bentuk juraian kuning telur nanti.
3.Tuangkan telur perlahan-lahan ke dalam kuali sambil dikacau berputar
   guna copstick atau garpu.Biarkan kekuningan baru angkat & toskan
   minyaknya.Ketepikan.
4.Guna minyak bekas telur tadi,goreng udang sehingga masak.Angkat.
5.Akhir sekali,taburkan gula,garam,serbuk cili ke dalam udang goreng
   tadi.Gaul rata.
6.Panaskan sedikit marjerin,tumis daun kari,cili padi sehingga terbit
   aroma,kemudian masukkan susu cair,kacau hingga mendidih.
7.Masukkan udang goreng tadi.Gaul rata.Angkat.Taburkan juraian telur
   tadi ke atas udang.Sedia dihidang.


Selamat mencuba dan selamat menjamu  selera...daaaa

Isnin, 13 Jun 2011

Nasi Kari

Hari ni saya masak nasi kari ikut citarasa saya sendiri...kalau setiap hari asyik hidang nasi putih je tentu ada rasa jemu ...jadi klu nak rasa yg berbeza tu..kena pandai pelbagaikan hidangan...biar berselera gitu.





Nasi Kari
Sumber:Rahel


Bahan:
2 cawan beras (pilihan),dicuci bersih & toskan
santan cair secukupnya utk masak nasi,dipanaskan.
1 sudu makan rempah kari daging
1 sk serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
garam secukup rasa
3 ulas bawang putih,hiris*
3 biji bawang merah,hiris*
1 inci halia muda,hiris*
2 sdm marjerin

Cara:

1.Panaskan kuali,masukkan marjerin.Tumis bahan bertanda* hingga naik bau.

2.Masukkan lagi bg lawang,bg cengkih,kulit ky manis,buah pelaga.Kacau.

3.Masukkan beras,rempah kari,garam,serbuk kunyit.Kacau sebentar.

4.Alihkan ke dalam ricecooker dan masukkan santan hangat.Masak seperti biasa.


Selamat menikmati.

Jumaat, 10 Jun 2011

Salad Ayam

Salam.Semoga ceria selalu.Selamat bertemu kembali.Menu tengah hari yang simple tapi mengenyangkan,salad ayam di campur dengan sedikit sayur,skali-skala tukar selera.



Salad Ayam
Resepi:Rahel Blogspot 

Bahan:
200gram isi ayam 
1 biji kentang dipotong dadu
1 sk lada hitam
1 sudu makan cuka epal
Sedikit garam
1/4 buah lada capsicum kuning,potong dadu
1/4 buah capsicum hijau,potong dadu
1/4 timun,dipotong dadu
50ml mayonis (1 sachet)

Cara membuat:
1.Ayam,kentang,cuka epal dan garam direbus hingga masak.Toskan.

2.Satukan semua bahan dalam mangkuk.Tambahkan 1 sudu teh lada hitam.Gaul rata.aburkan sedikit bijan jika suka.



Selamatvmencuba.