Jumaat, 10 Jun 2011

Kek Aiskrim

Selamat pagi semua....
Pagi ni nak n3 lagi resepi kek aiskrim sambil lepak,kali ni saya tak buat kek aiskrim yang besar tapi buat yang kecil2 je dan letak dalam gelas...biar senang nak makan gitu..Susun cantik2 dalam  gelas pas tu simpan dalam peti  sejuk beku,senang kan?



Bahan:
1 biji kek span coklat (saya guna resepi kek span coklat yg ada kat blog saya)
1 liter ais krim (perisa pilihan)
coklat masakan secukupnya,hiris untuk hiasan
1 cawan whipping cream,pukul perlahan hingga gebu/kaku.



Cara:
1.Siapkan gelas/cawan.Potong kek nipis dan buat lagi ikut saiz gelas
2.Masukkan potongan kek ke dalam gelas,isi dengan ais krim.Buat macam ni
   sebanyak 2x dan lapisan paling terakhir di atas adalah whipping cream.
3.Kemudian taburi dengan hirisan coklat.Simpan dalam peti sejuk beku selama
   4-5 jam.Siap



Enjoiiii...

Khamis, 9 Jun 2011

Steamed Pandan Cake

Selamat bersiaran kembali...semoga kawan-kawan sentiasa sihat dan ceria selalu.Kali ni lepak sekejap  sambil letak entry yang  tertangguh  dan untuk kali ni Rahel buat kek pandan yang terkukus..memang sedap je rasa dia..ditambahkan pula dengan topping...lagila sedap dimakan sambil minum secangkir coklat panas..wallaaaa....




Steamed Pandan Cake
Sumber:Buku Resepi


Bahan:
250g mentega
220g gula kaster
5 biji telur B
220g tepung naik sendiri,ayak
1 sudu besar susu tepung
1 st pandan pes
1 st pewarna hijau

Bahan untuk krim:
100g krim well
150g gula aising,ayak 2x
1 st jus lemon
*pukul semua bahan sehingga gebu selama 15-20 minit.
*sapukan pada kek yang sudah masak.

Cara:
1.Panaskan pengukus.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul perlahan hingga rata.
   Kemudian masukkan pes pandan dan pewarna.
3.Akhir sekali masukkan susu tepung,tepung naik sendiri.Gaul sebati.
4.Tuang ke dalam acuan dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
5.setelah kek masak biarkan sejuk kemudian sapukan dengan krim.

Pesan:
*Rahel letak 1 sudu besar coffee emulco dalam bahan untuk krim topping,
  kemudian ayakkan sedikit serbuk koko pada permukaan kek.


Selamat mencuba..

Ayam Masak Kicap

Selamat pagi kepada semua.Mmm..hari ni nda' tau mo masak apa lagi untuk makan tengah hari,memang kekadang tu kan agak bengong jugak di dapur...asyik pilih2 jak apa yang hendak dimasak.Teringat pulak yang satu ni..memang menu kesukaan jugak ni,walaupun simple jak tapi memang sedap jugak kuahnya yang pekat-pekat tu di renjiskan ke dalam nasi putih...duh!


Ayam Masak Kicap

Bahan:
600g ayam,bersihkan dan potong
1 lembar daun salam
1 inci halia,hiris halus
5 ulas bawang putih,diketuk bersama kulitnya
2 biji kentang,dipotong sesuai selera
3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos soya cair
3 sdm sos soya pekat
1/2 st garam
1sdm gula pasir
2 cawan air
*1 1/2 sdk tepung jagung bancuh dg sedikit air

Cara:

1.Tumis halia dengan bawang putih.Masukkan pula semua bahan kecuali kentang.Tumis hingga separa masak.Masukkan kentang dan teruskan masak hingga empuk.

2.Tambahkan bancuhan tepung jagung.Kacau rata.Biarkan masak seketika.Angkat.


Terima kasih sudi singgah.