Jumaat, 3 Jun 2011

Nasi Goreng Carrot

Selamat  tengah  hari pada  kawan-kawan  semua,semoga  tetap sihat  dan ceria.Hari ni rasa boring banget...dari tadi lagi terfikir mo masak apa,rasanya kepingin masak yang goreng2 jak untuk hidangan tengah hari.





Bahan-bahan untuk masak-masak sebetulnya ada semua,tapi tu la klu wabak "M" mula  melanda...semua serba  tak kena..malas  masak ini masak  itu.Oklah kawan-kawan..tengok jak hasilnya dlm gambar ni,masi lagi menggiurkan walaupun menu simple jak,rasa pun sedap jugak & suka sangat...haa klu ada yg mo ikut jejak saya..tengok-tengoklah resepinya di bawah sana tu yee...jom layan sekejap..



Nasi Goreng Carrot
Resepi:Rahel


Bahan:
3 cawan nasi putih
1/2 cawan sayur campur,dicelur*
2 batang lobak sederhana besar,disagat,celur ke dalam air mendidih
30g ikan bilis halus,digoreng garing
5 biji cili padi,mayang halus*
1 biji telur
1 st serbuk cili
1/2 st serbuk jintan manis
1 batang kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1/4 bawang besar,dipotong dadu
sedikit garam

Cara:

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bawang hingga layu.

2.Masukkan cili padi,lobak dan bahan bertanda*.Tumis sekejap.

3.Masukkan telur,kacau sedikit.Masukkan lagi nasi,jintan,serbuk cili & garam.Kacau hingga masak.siap.

Steamed Butter Cake

Selamat sejahtera buat semua...pa khabar? harap semua sihat,setiap kali masuk blog mesti ada saja yang nak diceritakan untuk di kongsi bersama & semestinya cerita tentang masakan yang sedap-sedap kan?hmm ni ada lagi satu resepi kek yang kena kukus...pada sesiapa yang belum ada masa nak beli oven bolehlah tengok2 bahan untuk buat kek kukus ni.




 
Oklah kawan-kawan,macam biasa..sebelum keluar jalan-jalan..Rahel dah siapkan resepinya kat bawah tu..bolehlah kawan-kawan cuba nanti.

Steamed Butter Cake
Resepi by:Zubaidah Che Pa


Bahan:
4 biji telur
125g gula kaster
220g mentega
190g tepung superfine
2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar ovalet



Cara:
1.Pukul telur,gula dan ovalet sehingga kembang dan pekat.
2.Ayak tepung ke dalam adunan telur dan sebatikan adunan.
3.Di bekas yang lain,pukul mentega dan susu hingga kembang.
4.Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit dan
   digaul rata.
5.Masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 1 jam.


**Panaskan air dalam periuk pengukus terlebih dahulu**


Enjoiii...

Rabu, 1 Jun 2011

Pancake Banana & Coklat

Selamat tengah hari semua,apa khabarnya hari ini? sudah siap sarapan ke
belum? Dah nak dekat tengah hari baru nak lepak kat sini pulak..tadi se-
bok intai2 dapur kawan masak2..banyak menu sarapan yang sedap-sedap
nampaknya..menggoda betul,tapi pagi ni kan saya buat pancake banana
n coklat je tuk sarapan punya..ringkas and simple je resepinya..mudah di
sediakan..



K la kawan-kawan..macam biasa la kan..sebelum tuan punya dapur pegi
jalan-jalan..resepinya diletak di sini je ek..boleh kawan-kawan mencuba
nya..jomm..

Pancake Banana & Coklat
Resepi:Rahel


Bahan:
4 buah pisang berangan
1 cawan tepung gandum}
1/2 sudu teh serbuk penaik}
1/4 sudu teh soda bikarbonat}
1/5 cawan serbuk coklat},ayak bersama
3/4 cawan susu segar
3/4 cawan gulapasir,boleh tambah jika suka manis
2 biji telur B,dipukul selama 1 minit
1 st serbuk vanila

rice coklat/coklat cip secukupnya untuk topping,jika suka

Cara:
1.Satukan semua bahan kecuali rice coklat/coklat cip.Kisar halus.
2.Panaskan nonstick pan dan oles dg marjerin/mentega.
3.Tuangkan 1/4 cawan adunan.Tutup pan.Bila pan cake dah nak
   masak taburi dg rice coklat/coklat cip di atasnya.Tutup lagi pan
   hingga adunan masak.