Salam ceria selalu😍 Sempena birthday sendiri saya buat kek cheese cappuccino sahaja untuk sendiri makan².Sedap juga kek ni.Doakan semoga saya sentiasa diberi kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki serta umur yang panjang.Aamiin.
CAPPUCCINO CHEESE CAKE
Sumber : Selera Metropolitan
Bahan Base:
150g Biskut Coklat,dihaluskan
80gram mentega,dicairkan
Caranya:
Satukan biskut coklat yang telah dihaluskan bersama mentega cair.Gaul rata kemudian tuang ke dalam loose tin 8 inch,ratakan dan tekan² sikit.Ketepikan atau simpan dalam peti sejuk sebentar.
Bahan Cheese:
250gram cream cheese
100g gula halus
240gram whipping cream,diputar hingga pekat
3 biji telur,dipisagkan kuning dan putih
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk komo
1 sudu teh nescafee}
5 sudu besar air panas}~~mix
Cara membuat:
1.Putar cream cheese dengan gula halus sehingga sebati.Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul rata.
2.Masukkan tepung dan serbuk koko,putar sebati.Tambahkan bancuhan nescafee,gaul rata.
3.Masukkan whipping cream,kaup balik hingga tercampur.
4.Masukkan putih telur,kaup balik hingga rata.Tuang adunan ke dalam biskut base tadi.
5.Bakar dalam oven dengan kaedah steam bake selama 60-80 minit.
6.Setelah kek masak,biarkan dalam oven selama lebih kurang 30 minit.Kemudian keluarkan kek dari oven,biarkan kek dingin barulah disimpan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.
Nota:Putih telur wajib kena pukul hingga kembang dan gebu sebelum masukkan ke dalam adunan cheese.
Selamat mencuba.
3 ulasan:
HAPPY BIRTHDAY
Thanks sudi singgah.
Happy birthday to you darling. Moga sihat2 hendaknya dan terus bikin kek.
Catat Ulasan